Gerd dan Gastrik.saya pasti ramai yang familiar dengan gastrik tapi jarang-jarang atau tak pernah dengar pasal Gerd. Jadi, apa kata kita belajar sedikit pasal perbezaan dua kondisi ini.
GERD
Gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah keadaan apabila kandungan asid refluks dalam perut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus atau kerongkong. Aliran songsang ini menyebabkan pedih hulu hati, ketidakselesaan di bahagian dada yang menular hingga ke kerongkong, mulut terasa masam dan loya.
Menurut kajian yang dilakukan di seluruh Asia pada tahun 2012 tentang kesan GERD terhadap mutu kehidupan, anggaran 60 peratus penghidapnya merasa tidak sihat, mengelak daripada makan sesetengah jenis makanan dan minuman, merasa letih dan khuatir disebabkan simptom GERD, manakala 50 peratus terjaga daripada tidur sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sebulan akibat simptom penyakit.
Asid refluks terjadi apabila otot sphincter terbuka
Bagaimana Gerd ini terjadi? Sebenarnya, di dalam perut setiap orang mengandungi asid yang membantu mencerna makanan yang kita makan. Apabila asid ini naik ke esofagus, struktur dinding esofagus tidak mampu mengendalikan asid ini lalu menyebabkan rasa terbakar (burning sensation) yang dikenali sebagai pedih hulu hati. Tidak semua yang alami pedih hulu hati ini adalah penghidap GERD tetapi sekiranya keadaan ini melanda anda lebih dari satu jam dan agak kerap, kemungkinan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diagnosis lanjut.
Antara simptom lain termasuk rasa mual dan muntah, perut kembung atau angin, sesak nafas terutama apabila berbaring dan sendawa kuat yang berlebihan. Penghidap GERD juga seringkali mengalami sakit dada yang terjadi apabila otot pencerut sphincter tidak tertutup dengan sempurna lalu menyebabkan asid naik semula ke esofagus. Komplikasi GERD yang kronik boleh menyumbang kepada asma, batuk yang kronik dan pulmonary fibrosis.
Penghidap GERD juga disarankan untuk mengelakkan beberapa jenis makanan dan minuman seperti arak, minuman berkafein, minuman berkarbonat, coklat, buah-buahan sitrus, makanan berlemak atau bergoreng, makanan pedas dan makanan berasaskan tomato seperti sos tomato, spaghetti dan lain-lain.
GASTRIK
Bagaimana pula dengan gastrik? Gastrik berlaku apabila kandungan asid hidroklorik (HCL) atau asid di dalam perut tidak stabil semasa proses pencernaan. Asid ini mempunyai sifat corrosive atau menghakis yang boleh mencederakan sekiranya terkena pada kulit. Walaubagaimanapun, perut kita mempunyai perlindungan khas daripada asid HCL iaitu mukosa yang berfungsi sebagai barrier daripada kesan asid HCL ini. Terdapat tiga jenis gastrik yang sering didiagnos oleh para doktor iaitu:
Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan
Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Ulser gastrik (Peptic ulcer)
Ulser gastrik boleh terjadi apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid HCL yang terlalu banyak dan lapisan pertahanan mukosa yang menjadi lemah. Apabila lapisan mukosa menjadi lemah, asid hidroklorik boleh sampai kepada sel dan menyebabkan keradangan.
Boleh dikesan melalui muntah yang pekat dan mengandungi darah atau warna gelap seperti kopi dan najis yang gelap dan hitam
Antara tanda-tanda gastrik termasuklah:
Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
Rasa senak, berangin atau pedih
Rasa tidak selesa dan kembung, sering sendawa selepas makan
Rasa loya dan muntah
Penurunan berat badan (pada peringkat gastrik yang teruk)
BOLEHKAH GERD DAN GASTRIK DIRAWAT?
Para pengamal perubatan mungin akan mencadangkan penghidap GERD dan gastrik untuk mengamalkan antasid yang boleh dibeli di farmasi untuk meneutralkan asid perut atau membantu otot mengosongkan perut anda. Sekiranya kondisi GERD anda semakin serius, pembedahan laparoskopik mungkin terpaksa dilakukan.
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS