Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Kamaludin Mohamad, berkata lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Rawang.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas polis ke rumah suspek pagi tadi dan menasihati keluarganya supaya memaklumkan kepada lelaki itu untuk datang ke balai menyerah diri.
"Kemalangan kira-kira jam 6.55 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek melanggar bahagian belakang sebelah kanan kenderaan dipandu seorang jurual yang datang dari arah Kepong menghala ke Rawang.
"Kemalangan hanya membabitkan kerosakan pada kenderaan dan tidak membabitkan kecederaan serius," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Kamaludin berkata, suspek yang juga seorang penjawat awam ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Polis turut mengambil sampel air kencingnya untuk dianalisis. Terdahulu, rakaman video berdurasi 42 saat itu memaparkan sebuah kereta Ford Fiesta dipandu secara melulu dan memotong enam buah kenderaan, termasuk sebuah lori kecil.
Bagaimanapun, cubaannya untuk memotong Nissan Almera ketika tiba di satu selekoh gagal dan terlanggar bahagian belakang kenderaan itu.
Perlanggaran itu menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum dilanggar sekali lagi oleh kenderaan suspek. Dalam keadaan itu, suspek tidak memberhentikan kereta, sebaliknya terus memecut meningalkan lokasi kejadian. -BHARIAN
1 Komen :
The minimum amount depends on the price with the home, with a higher percent down required on more costly homes. canada mortgage calculator He expects more players, including pension funds, will also gain in regarding the game. mortgage payment calculator
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS