Dalang Ransomware Diburu


LONDON: Penyiasat antarabangsa memburu suspek serangan siber yang menjejaskan sistem di berpuluh-puluh negara termasuk dokumen bank, hospital dan agensi kerajaan, ketika pakar keselamatan berusaha membendung kesan serangan itu. Gelombang serangan yang bermula Jumaat lalu itu disifatkan sebagai terbesar yang menyasarkan agensi kerajaan dan syarikat utama di seluruh dunia, dari bank di Russia, hospital di Britain dan kilang kereta Eropah. "Serangan terbaharu ini berlaku pada tahap di luar jangkaan dan memerlukan siasatan menyeluruh pada peringkat antarabangsa untuk mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab," kata agensi polis Eropah, Europol, semalam. Europol berkata, sebuah jawatankuasa di Pusat Jenayah Siber Eropah ditubuhkan khas untuk membantu siasatan. Serangan ransomware ini menggunakan kelemahan keselamatan dalam sistem operasi MIcrosoft dengan mengunci fail pengguna melainkan mereka membayar penyerang sejumlah wang dituntut menggunakan mata wang maya, Bitcoin. - AFP

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS