Contoh Soalan Yang Akan Ditanya Semasa Temuduga Untuk Hantar Borang Nikah


Contoh soalan yang akan ditanya semasa temuduga untuk hantar borang nikah :

1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/Isteri.

1. Taharah?
 -Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis

2. Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.

3. Sebelum lakukan ibadah wajib:
- Hadas besar kena mandi wajib.
- Hadas kecil kena wuduk

4. Bahagian najis,
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah

5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri

6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.

7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul