Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah Meninggal Dunia
BESUT, 12 Dis (Bernama) -- Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku
Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang,
Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.
Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.
Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan
seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.
Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.
- BERNAMA
Al-fatihah kepada arwahyarham