Mati Tersepit Celah Pokok Kelapa Sawit
Azab tersepit setengah jam
NGERI...keadaan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, kelmarin.
NGERI...keadaan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, kelmarin.
KUALA LIPIS: Akibat dipercayai gagal menarik brek tangan, seorang pemandu lori hantu terpaksa menempuh azab hampir setengah jam sebelum disahkan meninggal dunia apabila tersepit antara pintu lorinya dengan sebatang pokok sawit dalam kejadian di Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang Satu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 2.20 petang itu, mangsa, Lau Hon Yong, 53, dari Mantin, Negeri Sembilan menemui ajal di tempat kejadian selepas kepala dan perutnya tersepit.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa sedang membaiki kerosakan kenderaan berat berkenaan tanpa menyedari lori itu bergerak sendiri secara perlahan dan hanya terhenti selepas menghimpit mangsa yang ketika itu tersandar di batang pokok sawit berdekatan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu disedari pekerja ladang yang mendengar jeritan mangsa sebelum menghubungi Balai Polis Trafik Lipis.
Menurutnya, sepasukan anggota polis dengan bantuan orang awam mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit antara pintu lori dengan pokok sawit berkenaan. - myMetro
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS