Merupakan satu inisiatif yang cukup berbeza apabila iLuvIslam Radio bakal menganjurkan konsert yang bertajuk “Rhythm Of The Soul: Di Bawah Langit Mu”, Satu langkah positif yang akan mencorakkan lagi perkembangan muzik Nasyid yang telah terpinggir sejak kebelakangan ini . Namun, ada kelainan yang ingin mereka tampilkan kali ini, tidak seperti konsert nasyid yang biasa diadakan di segenap pelusuk negara. Konsert ini bakal diadakan pada 20 dan 21 April 2011 bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur. Mengambil konsep zikir sebagai tema konsert ini merupakan satu kelainan dan pertama kali diadakan di Malaysia
Konsert ini bakal menampilkan penyanyi lagu dakwah terkenal Indonesia iaitu Opick, juga merupakan komposer lagu 'Dealova' nyanyian Once. Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Ketika Cinta Memanggil' juga di nyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza ini bakal bergabung dengan beberapa figura besar yang bakal muncul sama. Menariknya, konsert ini mencipta satu kelainan apabila konsep zikir menjadi tema utama dalam persembahan kali ini. Lima figura besar tanah air yang terkenal dengan kemerduan album-album zikir mereka, Hafiz Hamidun, Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Amal, Hazamin Inteam dan Munif Hijjaz turut terlibat dalam persembahan selama dua malam ini.
Menurut kenyataan yang diterbitkan di dalam laman web mereka (www.konsert-ros.com), Diantara objektif konsert tersebut ialah Menggalakkan ummat Islam untuk setiasa berzikir dan bertasbih kepada Allah. Menurut mereka lagi, Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkan kita dengan Allah dan menjadikan kita selalu diingat Tuhan kita walaupun berada di dalam sebuah konsert.
Tiket konsert berharga RM89 dan RM149 boleh didapati di laman web mereka, www.konsert-ros.com atau dengan menghubungi talian 03-55232853
Jemput datang beramai-ramai
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS