Ferrari Terbakar Di Seremban, Pemandu Sempat Selamatkan Diri


Seremban: Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi ini.

Gambar: API marak membakar sebuah Ferrari di KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan Mantin, Negeri Sembilan, pagi tadi. Pemandunya, seorang lelaki berusia lingkungan 50an, terselamat apabila segera memberhentikan kereta dan keluar sebaik menyedari ia terbakar. - Foto Dzulkeffli Mustapha

Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan. Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.21 pagi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar, berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya. - BERNAMA
Kenderaan kerap terbakar sekarang ini, apakah punyanya?

2 Komen

Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit....berjaya hapanya kalau 90% kereta tu musnah...hurmmm...

abis la fefari.. kena ganti kete baru, insurans nyawa lg.. claim je 1.5 juta.. fefarikan kaya.. kalo x saman je..jual kete x de kualiti wat pe..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS