Paparan hiburan, lawak jenaka, informasi, isu semasa dan berita terkini.
Pages
Polis Minta Azmin Patuhi 10 Syarat Perhimpunan
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, meminta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali, memastikan parti itu mematuhi 10 syarat ditetapkan bagi perhimpunan anjurannya esok termasuk memastikan hanya 5,000 orang dibenar berhimpun di tempat letak kereta di luar pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau turut menafikan kenyataan Azmin yang mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan syarat bagi perhimpunan itu dan menyifatkan Azmin tidak jujur kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Saya kecewa dan kesal dengan kelakuan, pembohongan, tidak gentleman, tidak jujur dan tidak amanah Azmin," katanya merujuk kenyataan Azmin yang disiarkan dalam sebuah portal berita semalam. Mohmad memberitahu sidang berita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPK KL) di sini, hari ini bahawa Azmin, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan tiga yang lain daripada PKR bersetuju dengan 10 syarat itu pada perbincangan mereka di IPK KL kelmarin.
Bahkan, kata Mohmad, surat mengenai 10 syarat itu ditandatangani Shamsul Iskandar di hadapan Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam.
"Kita juga mengambil gambar semasa perbincangan itu diadakan dan mempunyai salinan syarat tersebut yang dipersetujui bersama (dengan PKR) dan ditandatangani. Oleh itu, penafian Azmin adalah tidak benar," katanya.
Mengenai penyertaan perhimpunan itu, Mohmad menegaskan PKR mesti memastikan hanya 5,000 orang berhimpun dalam kawasan parkir itu. Beliau berkata, jika lebih daripada 5,000 orang, akan ada limpahan dan ia melanggar syarat yang dipersetujui.
"Sesiapa sahaja boleh menyertai perhimpunan itu namun tidak boleh melebihi 5,000 orang dan jika lebih, mereka yang datang kemudian harus beredar.
"Mereka boleh berbuat apa sahaja di kawasan yang telah ditetapkan, nak lepak ke, baring ke tapi dengan syarat tidak boleh keluar dari kawasan itu (semasa perhimpunan)," katanya.
Mohmad menegaskan PDRM akan bertindak jika perjanjian itu dicabuli dan tidak dipatuhi.
Perhimpunan itu diadakan berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan esok terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Penasihat PKR, 64, yang dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 26 Jun 2008. - BERNAMA
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta. 2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang. 3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang. 4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS 4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta. 4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook. 4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS