Juara Terbuka Korea: PM Ucap Tahniah Kepada Chong Wei
KUALA LUMPUR 8 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.
"Syabas Datuk Lee Chong Wei!! Tahniah daripada saya dan isteri. Kami kini berada di Afrika Selatan dan baru mendapat berita ini,” kata Najib menerusi mesej Twitter beliau hari ini.
Najib berada di Afrika Selatan untuk lawatan kerja dua hari dan menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 parti pemerintah negara berkenaan, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC).
Chong Wei mengalahkan seteru utamanya yang juga juara Olimpik, Lin Dan, dari China dalam permainan rubber set, 12-21, 21-18 dan 21-13.
Ini kemenangan pertama Chong Wei dalam kempen badminton 2012 beliau. — BERNAMA
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS