Dari emel yang kami terima
Assalamualaikum,
Disini ingin mohon bantuan dan pertolongandari pihak tuan/puan untuk anak saya. Mohon pihak tuan/puan dapat melebarkan berita ini moga ada insan-insan mulia di luar sana dapat membantu dan meringankan sedikit beban kami
Anak Saya Perlukan Bantuan Untuk Meneruskan Kehidupan
Anak saya Puteri Izzyean Batrisyia Bt Mohd Kamarul Azhar no kad pengenalan 060407-03-1066 berusia 5 tahun 6 bulan, seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU, No Kad OKU CP 04000277) terlantar keseluruhan adalah pesakit Ceberal Palsy(Spastik) tahap 5 (kronik), beliau telah mengalami jangkitan kuman dan kerosakan pada saluran pernafasan dn makan. Rawatan dn pembedahan di perlukan untuk memasukkn tiub baru untuk permakanan dan pernafasan. Kos alatan dn pembedahan lebih kurang RM17,000.00 tak termasuk kos hospital. Separuh nya telah di tanggung oleh Pusat Pendidikan Ceberal Palsy(Spastik) dn seperuh lagi terpaksa di tanggung oleh saya sendiri. Saya telah meminta bantuan dengan badan berwajib dan mereka sedia menghulurkan bantuan tapi masih belum mencukupi.
Dari itu saya mohon jasa baik tuan-puan, sahabat dan taulan andai ada kesudian dan tak keberatan moga dapat membantu kami dengan menghulurkan sedikit sumbangan ikhlas untuk membantu meringankan bebanan kami. Moga huluran sumbangan anda mendapat keberkatan dn kami amat menghargai sumbangan yang sekelian hulurkan.
Sumbangan boleh di hulurkan ke akaun CIMB atas nama
Mohd Kamarul Azhar Bin Alias(no tel 019-6237287) no akaun
07140156907521 (CIMB BANK) ATAU
13035020276344 (BANK ISLAM) ATAU
154026609011(MAYBANK)
atau
Hasibah Md Adnan (no tel 019-4442608)no akaun 07230006074527 (CIMB BANK)
Semoga sembangan anda membawa seribu makna buat kehidupan anak kami
Assalamualaikum,
Saya Mohd Kamarul Azhar Bin Alias ayah kepada Puteri Izzyean Batrisyia.
Selepas saya memohon bantuan melalui tuan-puan, ada beberapa orang hamba Allah menghubungi saya bertanyakan mengapa saya tak membuat rawatan di hospital kerajaan kalau tak mampu.
Anak saya telah pun 2 kali menjalani pembedahan untuk bantuan pernafasan dan permakanan. Sewaktu menjalani rawatan susulan di Klinik Pakar 3 Hospital Seberang Jaya, doktor pakar mencadangkan agar pertukaran tiub dari hidung di tukarkan terus di bahagian abdomen dan terus masuk ke perut. Rawatan dan pembedahan hanya boleh di lakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Pembedahan telah pun di lakukan pada 06 Nov 2010 di Hospital Alor Setar diketuai dan di bawah seliaan Datuk Dr Mohan, Pakar Kanak-kanak. 14 hari selepas pembedahan keadaan perut anak saya membengkak dan setelah di X-ray didapati pelapik dalam perut telah terkeluar dari kedudukan asal. Punca tidak diketahui tapi apa yang saya pasti ianya berpunya dari kesilapan doctor pelatih yang mahu menunjukkan kepada kami cara mengubahsuai tiub tersebut. Sewaktu dia cuba menunjukkan caranya kepada kami, anak saya terus menjerit dan meraung kesakitan.
Bila saya bertanya kepada Datuk Dr Mohan, beliau sendiri menyatakan tiub tersebut tak perlu di ubah suai kedudukan tapi hanya perlu ditukar 6 bulan sekali. Sekali lagi pembedahan di lakukan untuk mengeluarkan semula tiub tersebut dan Datuk Dr Mohan sendiri menyatakan bahawa keadah tersebut telah mengalami kegagalan. Dimasukkan semula tiub melalui hidung tetapi menggunakan tuib saiz orang dewasa. Selama 7 hari selepas pembedahan kedua anak saya tak berhenti muntah-muntah. Saya membawa ke klinik berdekatan dan selepas di X-ray di dapati tuib tersebut patah di dalam perut dan mencucuk bahagian dalam perut . Sekali lagi rawatan terpaksa dilakukan.
Keluar dari hospital saya membuat pertanyaan dan aduan pada kawan saya seorang doktor ,beliau menyarankan di buat lapuran kerana itu adalah Human Error (Kesilapan Manusia), tetapi apabila saya kembali ke Hospital Alor Setar untuk mendapatkan Laporan Perubatan, saya di maklumkan laporan telah di hantar ke Hospital Seberang Jaya tetapi Hospital Seberang Jaya menafikan menerima lapuran tersebut. Dan akhirnya Lapuran Perubatan tersebut di dakwa telah hilang dan apabila saya minta salinan hospital saya juga di maklumkan Lapuran Perubatan untuk salinan hospital juga telah hilang.
Hampa hati saya setelah 42 hari anak saya menderita kesakitan tetapi rawatan tersebut gagal. Berlanjutan dari itu doktor di Hospital Seberang Jaya menyarankan kepada saya mendaftarkan anak saya ke badan Non- Government Organisation (NGO) iaitu Pusat Rawatan Spastik (Ceberal Palsy) di Greenlane, Pulau Pinang kerana pelbagai kemudahan dan bantuan disediakan di situ.
Dan rawatan yang bakal di lakukan kepada anak saya juga adalah cadangan dari Pusat Rawatan Spastik (Ceberal Palsy) Greenlane Pulau Pinang. Kos rawatan separuh di tanggung oleh badan NGO terbabit dan separuhnya lagi ditanggung oleh keluarga. Kos tersebut adalah jauh lebih murah berbanding dengan hospital-hospital lain.
Terpulanglah pada tuan-puan untuk menilainya dan atas sumbangan tuan-puan juga saya mengucapkan jutaan terima kasih dan hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Terima kasih.
Anda yang ingin berhubung terus dengan saudara Mohd Kamarul Azhar Bin Alias melalui facebook boleh ke www.facebook.com/kamarul72
2 Komen
salam..mohon share e-mel ni di blog saya.semoga dapat ringankan beban keluarga puteri izyan batrisyia.
Malaysia Government bagi RM500 pada famili yang income BAWAH RM3000, Borang dah diedarkan, Lambat memang Rugi...
Rujuk Entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/12/top-news-malaysia-government-bagi-rm500.html
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS