Leher Hampir Putus Di Pintu Lif



Hilang nyawa dimamah lif

KOTA KINABALU: Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina, di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintu lif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau See Yen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.

Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan dan meletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawa makanan ke tingkat bawah.

Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.

Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerja dan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan memberikan bantuan pernafasan. - myMetro

Sadis!

1 Komen :

First time dalam malaysia ada kematian melibatkan lif .

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS