Orang Melayu Malu Jalani Ujian HIV
KUALA LUMPUR - Perasaan malu di kalangan orang Melayu untuk tampil menjalani ujian atau mendapatkan rawatan sewajarnya merupakan penyumbang kepada penularan HIV dan AIDS di kalangan mereka.
Menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Tan Sri Mohd. Zaman Khan, persepsi negatif yang keterlaluan di samping stigma dan diskriminasi masyarakat yang terlalu menebal secara langsung juga menyumbang kepada penularan epidemik itu.
Katanya, menurut statistik, sehingga kini kira-kira 66,000 orang Melayu menghidap HIV diikuti Cina 13,000 dan India sebanyak 7,300.
"Statistik ini turut menunjukkan bahawa tujuh daripada 10 kes HIV di negara ini berlaku di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
"Situasi ini telah menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak kerana orang Melayu yang tebal mengamalkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam terjebak dengan epidemik atau penyakit moral ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Untuk rekod, sejak 1986 sehingga Disember 2010, epidemik HIV telah menular kepada 91,632 orang dan telah meragut nyawa 12,403 orang. - Kosmo Online
Malu nak pergi ujian HIV, tapi kelab malam, pusat hiburan, tempat-tempat maksiat tak malu pula nak pergi...
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS