Bob Lokman Ditahan
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, kelmarin.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin, berkata Bob Lokman atau nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.
“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat awam. Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003,” katanya di sini, semalam.
Sementara itu, sumber Jais berkata selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas, Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah.
Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.
Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, sebelum tengah hari semalam, walaupun diminta berbuat demikian.- myMetro
"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". kata-kata Bob Lokman
7 Komen
nak menyeru ke arah kebaikan pon xboleh..ni mesti kes politik...apa2 je la malaysia sekarang...xpe pas ni amik lesen yea...buat ikut peraturan...
bagi ceramah xde tauliah?? masa zaman nabi nak kene ada tauliah dari jais ke sebarkan agama islam? g tangkap orang islam yg x tutup aurat tu.. bersepah kat luar.. tangkap orang x g solat.. orang2 camni la patut kene tangkap, sbb memperlekehkan agama.. nampak sgt politiknya..
kalau setiap penceramah agama x perlu tauliah dikhuatiri ramai penyebar ajaran sesat akan mengambil kesempatan.. klu dah undang2 nya begitu so apa masalahnya klu nak jd penceramah, pergi je ke pejabat JAIS & dptkan tauliah.. kekadang kena pikir secara rasional. politik ni tolak tepi dulu
kalau ko orang ckp pasal politik .. yang bob lokman nie ceramah tak dak ker berbau politik .. dok kutuk macam2 dlm ceramah tu .. ader ker itu yang di ajar leh Nabi kiter.. kalau ckp dia buat baik .. ceramah biaser jer lah ..sapa pun tak kacau .. 1x5 ja..
asalkan yg lagha, mmg xde sekatan. nak buat konsert ker, berjoget ker, hiburan ker.. tp bila nak seru kebaikan, siap suruh mintak permit la, kebenaran la, apa la dan diletakkan mcm2 lg proses yg menyusahkan.. ada jer yg jadi halangan...
maybe dorg takot isi ceramah terpesong kot..bkn pe,skang nie kan banyak ajaran sesat..huhu..
Mereka tkut akan perjuangan Islam yg disokong oleh rakyat...fisabilillah..
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS