Syarikat Telekomunikasi Tangguh Laksana Caj 6%
KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat telekomunikasi hari ini bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.
"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.
"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.
Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee. - myMetro
Tak perlu ditangguh, tetapi batalkan sahaja, kebanyakan pengguna prabayar adalah dari golongan kurang mampu, jangan membebankan lagi rakyat.
2 Komen
buat la 60% cukai..boleh beli cincin berlian tu bnyak2 utk cucu cicit pakai
taktik je ni...depa sendiri suruh kenakan tax 6% pastu depa suruh tangguh..nak tunjuk yg gomen kita ni prihatin n dahulukan rakyat...tengok la lepaih PR13 ni kalo depa menang lagi 6% ni akan kembali menghantui hidup kita...jangan tertipu wahai rakyat sekalian...
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS