Majlis Resepsi Norman Hakim Dan Memey





Perkahwinan gilang-gemilang Norman & Memey
Persandingan pasangan perlakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza berlangsung penuh glamor malam ini.

Majlis tajaan Rafflesia yang dinamakan Rafflesia Pearl Wedding diadakan di Nirwana Ballroom, Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur.

Pasangan yang pernah hangat dengan kisah sensasi sebelum bernikah itu nampak mewah dengan perhiasan dan persalinan tajaan bernilai jutaan ringgit.

Mempelai masuk ke dewan dengan Memey mengenakan gaun bertatah mutiara Rafflesia bermutu tinggi yang direka khas. Dia juga dihiasi Rafflesia White South Sea Pearls dengan batu Zamrud.

Memey juga dilengkapi dengan sepatu jenama Jimmy Choo yang juga bertatah mutiara Rafflesia. Sementara Norman mengenakan kot hitam putih rekaan Lords Tailor. Kafling dan butangnya menggunakan mutiara Rafflesia.

Pada acara memotong kek Memey mengenakan gaun Vera Wang yang dibeli dari agen di Hong Kong. Dresnya ditatah dengan mutiara Rafflesia.

Majlis bertema New York dalam hitam dan putih itu dimeriahkan oleh barisan artis tanah air yang turut bergaya sakan.

Miera Leyana, Julia Ziegler, Nurfathia dan Eina menjadi pengapit pengantin wanita manakala Afiq Muiz, Fizz Fairuz dan dua pelakon Indonesia Didi Riyadi dan Samuel Rizal mengiringi Norman.

Mereka mengenakan suit Lords Tailor. Tetamu dihiburkan oleh Fauziah Latiff, Azhar Osman, Farhan, Deja Moss dan koir pimpinan Khairy Leman.

Antara artis yang memeriahkan ialah Farahdhiya, Diana Rafar, Syafinaz Selamat, Didie Alias, Iqram Dinzly, Kilafairy dan ramai lagi. - Mangga Online

"Kontroversi..."

15 Komen

org khwn guna duit hasil titik peluh... nie main sponsor semua... huhuhuhuu

dh mcm org kapir je..

crown dia tu tak boleh depan lagi ke.?

sejujurnye lah kan.... xlawa langsung lah dia pkai mcm tuh.. biase2 jek... hahah ni ke majlis juta2 tuh??hahah masuk maharaja lawak pun boleyyy

eeeee...nyampahnye aq tgok muke die 2...nk muntah!!!!...membazir duit jee baik pi sedekahkan kat org miskin kat lua sane nun...gedix giler pompuan 2...pompuan perosak rumah tangga org!!!!

buat majlis berjuta juta tp Tuhan x reda x gune..pakai seksi2 nk tayang kat org len..padahal ko da besuami,suami die pon same dayus bia isteri die pakai dedah sane sini..ko nie org islam ke bkn ..haih xtau laa aq..org skang nie da xkesah da pasal agama,halal,haram..ape yg dorg tau enjoy..igtlaa dunia nie sementare je..akhirat yg berkekalan..all can i say is,Norman u laki dayus!

kalau u all nk ckp cakap i nie men hentam ngn dorg padahal xde ilmu asas pasal agama..u all silap coz..i xkan ckp sume ni kalo i xde ilmu pasal agama...dan mengikut al qura..lelaki yg membiarkan isterinya x menutup aurat da bergaul bebas...maka die adela lelaki dayus!!

tunggu ajelah memey..lepas ni giliran awak pulak yang kena cerai

sikit pon tak lawa..macam org kapir nye maljis je..konon nye nak tiru stail org putih la nie..oit sedar la sikit awak tu org melayu.

I hate memey!!!!!!!!! since dia hancurkan rumah tangga wanita lain....

crown tu bkn pakai ke depan cmtu hahaha ni msti kene sabotaj.yg pmpuan tu lak tolol xtau pape2....

wah baju vera wang..
ter BAIK..bkan calang2 org leh pkai baju vera wang tuh.tp syg aurat trdedoh.
pkai bju mahal2 tp otok pah ke lutut wat gapo

mcm majlis resepsi org bukan islam....mcm manalah nak bahagia...caara berkahwin pun dah salah di sisi Allah\

jodoh pertemuan ajal maut di tangn tuhan.....
ape pon dia buat tu antara dia dngn tuhan.....
kita yang mengutuk n mengata pon dah dapt dosa....
banyak2x kan beristigfar.....semoga dia berubah ke arah yang lebih baik......

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS