Kerangka Sama Perlu Ada Dalam Akta Baru Ganti ISA


MEDAN 16 Sept – Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mencadangkan supaya undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang akan dimansuhkan, mempunyai kerangka serupa dalam menangani isu ekstremisme dan kawalan awal dalam isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, ini disebabkan banyak isu sensitif yang boleh timbul, sekali gus mencetuskan perkara tidak diingini terutama daripada segi politik, agama dan kaum.

"Saya mengharapkan kalaulah ia (ISA) dihapuskan, apa yang digantikan tidak begitu longgar untuk melepaskan kegiatan-kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara.

"Kita masih perlu satu rangka undang-undang yang boleh dikuatkuasakan dalam isu seperti ini.

“Singapura dan Amerika Syarikat pascatragedi 11 Sept masih ada perkara (undang-undang) yang ketat. Kalau tidak ia akan merosakkan apa yang kita bangunkan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Pelaksana Tugas Gabenor Sumatera Utara H. Gatot Pujo Nugroho di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, Malaysia masih dalam proses pembentukan negara bangsa dan akta pencegahan masih diperlukan berikutan polarisasi kaum yang masih wujud. – Bernama

Dah agak dah, mansuh nama lama, buat nama baru...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS