Tiket Bas Habis Dijual
KUALA LUMPUR - Meskipun baru seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa namun hampir semua tiket bas ekspres untuk perjalanan pulang beraya habis dijual.
Tinjauan Kosmo! di beberapa hentian bas di sekitar ibu negara mendapati, kebanyakan tiket terutama pada 'waktu puncak' iaitu dari 25 hingga 29 Ogos bagi perjalanan ke Pantai Timur dan utara telah habis dijual manakala destinasi perjalanan ke selatan pula lebih 90 peratus tiket telah dijual.
Menurut penjual tiket bas Sani Express, Norlijawati Jurimi, 37, laluan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu telah habis dijual.
"Sambutan seperti tahun lepas dengan orang ramai membeli tiket pada 1 Ramadan lagi bagi memastikan mereka dapat pulang ke kampung.
"Buat masa ini, pihak pengurusan masih belum pasti sama ada ingin mengeluarkan bas tambahan atau tidak," katanya ketika ditemui di sini semalam. - KosmoOnline
Kepada perantau, sila bersedia untuk mencari alternatif lain supaya anda boleh pulang ke kampung halaman.
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS