LONDON: Seorang kanak-kanak tidak boleh berhenti ketawa selepas menjalani satu pembedahan otak.
Enna Stephens, tujuh, menghidapi masalah berkenaan selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan. Kini, apa saja yang kelihatan aneh akan menyebabkan dia ketawa.
Ibu bapanya sebelum ini diberi amaran pembedahan itu akan menyebabkan Enna murung atau sentiasa marah memandangkan pesakit sepertinya sering mengalami perubahan personaliti jangka pendek.
Tetapi dalam kes Enna, dia sentiasa ketawa.
Ibunya, Vana, 40, berkata: “Enna akan ketawa selama 15 minit pada satu masa, sepanjang hari. Ketika dia sedar selepas pembedahan, dia ketawa.
“Pernah neneknya memegang pisang seperti telefon untuk membuatnya dia ketawa. Dia ketawa tidak berhenti. Sungguh seronok mendengar dia ketawa selepas melihat derita yang dilalui selama ini. “Apabila dia mula ketawa, kami juga ketawa. Ia seperti berjangkit dan menjadi satu cara terbaik untuk meluahkan emosi kami.” Vana, anggota polis, berkata: “Dia masih ketawa dan apabila ia bermula, sukar baginya untuk berhenti.” - Agensi - myMetro
3 Komen
pelik budak nye ni. haha.
kesiann bdk ni..
kesiannya...mesti letih gelak 2
kedai 1 malaysia ;)
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS