Remaja 15 Tahun Hamil Anak Luar Nikah
HORNABY, Britain - Seorang remaja perempuan, Soya Keaveney (gambar) menggembirakan ibunya selepas dia hamil luar nikah ketika berusia 15 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika usianya baru menjangkau 12 tahun, Soya Keaveney pernah beraksi untuk sesi fotografi dengan cuma memakai pakaian dalam kerana dia bercita-cita untuk menjadi seorang model.
"Saya terkejut pada mulanya tetapi kini saya sungguh teruja," kata Soya yang kini hamil 16 minggu.
"Saya merupakan wanita yang pertama akan melahirkan anak dalam kalangan rakan-rakan saya, tetapi saya tidak fikir saya dewasa dengan terlalu cepat," tambahnya.
Ibunya yang menganggur, Janis, 48, turut gembira kerana kehamilan Soya membolehkan mereka memohon rumah kerajaan yang lebih besar untuk keluarga itu termasuk anak-anaknya yang lain iaitu Coco, Ritzy, Tarot dan Jake di bawah skim kebajikan Britain.
Soya mengandungkan anak luar nikah teman lelakinya, Jake Gray, 17, hasil hubungan intim mereka pada Mei lalu.
Janis yang membenarkan Jake tinggal di rumah mereka menyatakan, anak perempuannya benci pengguguran bayi.
"Saya yakin dia akan menjadi seorang ibu yang baik dan akan mendidik anaknya dengan penuh disiplin seperti yang saya lakukan," kata wanita itu.
- Agensi - Kosmo Online
Orang barat gembira bila anaknya hamil luar nikah...
8 Komen
hahahaha..mak dia mengalakkn anak dia mengandung anak luar nikah yea.hahahaha..siap ckp hrp2 ank dia leh didik ank sndri mcm mak dia didik anak2..gile ar...
huhu... pemikiraan orang barat macam tak ada agama! bangang~
ak rasa dia lebih baik dari org melayu kita... dia mana buang bayi dia dlm tong sampah...
orang barat mana tau beza anak luar nikah ke tak....yang penting lahirkan anak je...hmmm
aku sokong kate Amir-7z, drpd tambah dosa buang anak, lebih baik lahir kan jer.. TPi aku tak stuju mas die. Mak nye kate si Soya akan boleh mendidik anak nye dgn displin SEPERTI mak nye??? Terlampau berdisplin lah nie sampai jadi camnie..
skrang2nye mreka ni lbih brtamadun drpda org kita..bila dh dpt HASIL dowang jaga n simpan..org kita plak bila dh BERHASIL mula la pkir kat mane nk ggur n last2 buang dlm sungai,bakar,tnam blakang rmh n sumbat dlm mangkuk toilet..
Dunia nak kiamat dah.............
Ya betul...org xde agama pun xbuang anak sesuka hati,...org kita...??!!
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS