menyekat pergerakan sebuah kereta api di Stesen Sivik, San Francisco, California kelmarin.
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Empat stesen kereta api bawah tanah di sini ditutup buat sementara kelmarin dalam satu tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous berhubung kekejaman polis dan kebebasan bersuara.
Sebelum ini perkhidmatan kereta api bawah tanah utama di sini menutup rangkaian telefon bimbit di beberapa stesen kereta api bawah tanah pada Khamis lalu untuk mengelakkan para penunjuk perasaan daripada menganjurkan protes berhubung tindakan polis menembak mati seorang lelaki pada bulan lalu.
SEORANG wanita yang merupakan anggota penggodamkomputer memegang poster dalam tunjuk perasaan menuntut kebebasan bersuara di Stesen Sivik, San Francisco, California kelmarin.
"Tindakan ini adalah untuk menutup mulut orang ramai," kata seorang aktivis berusia 41 tahun, Carlos Wilson yang hadir untuk membantah kekejaman polis dan penutupan rangkaian telefon pada minggu lalu.
Berpuluh-puluh penunjuk perasaan muncul di sebuah stesen kereta api semasa waktu puncak pada pagi kelmarin tetapi mereka bersurai selepas pihak berkuasa menutup stesen kereta api berkenaan.
Tidak lama kemudian, tiga lagi stesen kereta api bawah tanah ditutup kerana penuh sesak dengan penunjuk perasaan.
Polis berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini walaupun sejumlah anggota polis tiba di lokasi kejadian dengan memakai seragam dan kelengkapan antirusuhan.
Anonymous merupakan kumpulan penggodam antarabangsa yang pernah menceroboh sistem komputer di kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia selain beberapa agensi kewangan utama seperti PayPal, MasterCard dan Visa.- Reuters - KosmoOnline
1 Komen :
suka statement : Polis berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini walaupun sejumlah anggota polis tiba di lokasi kejadian dengan memakai seragam dan kelengkapan antirusuhan
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS