Penggal Kepala Bos

penggal kepala


Pekerja penggal majikan
KUANTAN: Hanya kerana pertengkaran kecil yang dipercayai berpunca akibat salah faham, seorang doktor warga emas putus kepala akibat dipenggal dengan parang oleh pekerjanya sendiri dalam satu kejadian di sebuah kebun di Kampung Sertik, Bentong, malam kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Harjit Singh, 61, yang bertugas sebagai doktor secara kontrak di Penjara Bentong dikatakan sedang berehat di anjung rumahnya di kawasan kebun kira-kira 50 meter dari jalan di Kampung Sertik.

Mangsa dikunjungi lelaki warga asing berusia 31 tahun itu yang bekerja menjaga kebun miliknya untuk berbincang sesuatu, namun berlaku pertengkaran antara mereka.

Suspek dipercayai ‘naik hantu’ berikutan pertengkaran itu melibaskan parang yang dibawanya lalu mengenai leher Harjit menyebabkan kepala doktor itu putus dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner, T Narenasegaran berkata, polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa di atas kerusi di anjung rumahnya. - myMetro

1 Komen :

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS