Pemain Bola T-Team Putus Jari



KUALA TERENGGANU – Niat murni seorang pemain bola sepak Piala Presiden T-Team untuk mencari duit raya dengan berniaga air tebu di bazar Ramadan Marang di sini berkecai apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Zuhairi Ahmad, 21, sedang sibuk memasukkan batang tebu ke dalam mesin sebelum tangan kanannya tiba-tiba tersangkut dan digilis.

Panik dengan keadaan itu, Zuhairi yang bermain di posisi pertahanan dalam pasukan Piala Presiden T-Team terus mematikan suis utama mesin itu sebelum menarik keluar tangannya yang berlumuran darah.

“Ketika itu saya masih tidak perasan yang lima jari saya telah putus, sehingga saya tarik keluar tangan kanan saya dari mesin itu,” katanya ketika ditemui di wad pesakit Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Menceritakan kejadian itu, Zuhairi dari Kampung Rhu Muda, Marang memberitahu, dia berniaga air tebu di bazar Ramadan untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

“Memandangkan musim pertandingan Piala Presiden sudah berakhir, jadi saya ambil keputusan berniaga air tebu dengan dua lagi rakan.

“Ini adalah tahun pertama saya berniaga tetapi tak sangka pula perkara ini akan berlaku. Apa yang saya risau adalah masa depan saya dalam bola sepak kerana amat sukar bermain dalam keadaan seperti ini,” ujarnya.- Kosmo Online

Apa yang terjadi ada hikmahnya...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS