Pelajar Perubatan Rentung Dalam Kemalangan


KANGAR: Seorang pelajar perubatan rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Km7.2, Jalan Kangar-Alor Setar dekat sini malam tadi.

Pegawai Turus Trafik Perlis ASP Rosli Yahya berkata kejadian berlaku kira-kira 7.50 malam dan pelajar itu dikenal pasti sebagai Mohammad Danial Zulkifli, 24, pelajar tahun akhir di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) di sini.

Katanya, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu pelajar yang berasal dari Putrajaya itu dari arah Alor Setar menghala Kangar tiba-tiba membuat pusingan U lalu dilanggar oleh sebuah kenderaan di belakangnya.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua kenderaan itu terbakar manakala pelajar itu yang tersepit di tempat duduk gagal menyelamatkan diri dan mati di tempat kejadian, katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Rosli berkata pemandu sebuah lagi kenderaan, Lim Tai Eng, 58, dari jalan Raja Syed Alwi di sini terselamat apabila sempat keluar dari kenderaannya yang turut terbakar. - Bernama -Kosmo Online


1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS