Pagi Tadi PR, Petang Ini Sudah Menjadi Warganegara

Pagi Tadi PR, Petang Ini Sudah Menjadi Warganegara

Kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR) yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru, dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.

ia kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran identifikasi dirinya direkodkan.

Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.

Apabila nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.

Bagaimanapun, satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad biru.

Statusnya pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang - pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang dipamerkan oleh semakan umum. - MalaysiaKini


Sedih melihat negara sendiri tergadai!

12 Komen

biasala tu....dunia skrang apepun bleh beli.....just name it...

Ni la sebabnya taksub sgt dgn pembangkang. Orang yg dapat IC biru dengan proses yg betul pon masih nak buat isu merepek. Ada orang ni,dah tau yg makcik tu dapat IC biru dalam masa beberapa 'jam'. Terus mereka yg berpolitik ni keyin IC dia then print out screenshot. Lepas dapat IC biru, si penyokong pembangkang yg takut kalah dlm pilihan raya ni check lagi dpn computer last2 dia nampak makcik tu dpt IC biru terus dia printout pastu dia hebohkan satu malaysia.

tah.. tak habes2 pembangkang buat kecoh.. menyampah !

Jgn la politik2 kat sini.. boring la.. same je dgn oh media

ter'gadai' sudah~~~hohoho

elok jugak tuuu...
bia ramai skit penduduk kat Malaysia ne..
ajak la org2 asing pakat mai dok kat Malaysia ne....

lama2 org kita yg menumpang kt negara sndiri, skang pn dah trjadi,,smuanye gara2 org kita yg salah gak..

http://anginperubahan.blogspot.com/2011/08/pembangkang-bikin-fitnah-lagi.html

Nape IC dia lain eh. Kalu dah jadi warganegara bukan sume IC sama je ke..? Sahih ke ni.. sapa ug kene tipu ni..?

mana tak geram indon senang2 dapat ic biru barua sungguh wahai orang2 indon kamu datang malaysia nak kerja bukan nak mintak ic kalau orang sudah bagi kerja kamu keja je lah kami orang malaysia pun sudah ramai tak payah tambah lagi dengan orang indon semak dengan kamu kat malaysia

sebab orang indun ramai kat malaysia
kami yang buat tukang rumah kecil kecilan habis orang indon sapu semua langsung tak ada peluang untuk orang tukang macm kami kita ambil sekaki rm18 indon ambil sekaki rm 8 macam mana nak cari makan macam tu kata anak orang melayu malas bukkkkkan maaaalas tapi tulah hakikatnya orang indun yang ada kat malaysia ni aku geram aku geram kat siapa aku nak meganu .

xkesah indon ramai di malaysia..aslkan rajin n xbuat masalah...nak harapkn anak muda melayu....kelulusan spm...tapi nk keje senang n gaji taraf ijazah...n ak xterkejut la ada indon dah bleh dapat ic sbb dah layak dapat...undang2 rasanya kalo 10taun duk malaysia dah bleh dapat ic...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS