Paderi Gay Pertama Malaysia Kahwin Di New York

Paderi Gay Pertama Malaysia Kahwin Di New York

KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.

Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.

Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.

Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).

Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.

"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters - KosmoOnline


Buat malu negara Islam sahaja...

8 Komen

xyah la citer politik kat sini kalu ko tak kenal nik aziz tu.. ko komen je pasal gay tu..

800% sokong pengkomen yg pertama.. dan ambo ore kelate

apa kaitan nik aziz dgn cita gay ni?lol nk marah xkena tpt

bangang! apehal nga komen no. 1?? apa kaitan nik aziz nga post nih????? ko gay ek?

Aku sokong article nie memang tak de kena mengena dgn nik Aziz.
Tapi aku mmg tak sokong si gay ni mengaku diri sebagai paderi, dh tu ada gereja gay pulak!! Aku seornag kristen dan setau aku, agama kristen pun melarang perbuatan bergini nak2 pulak buat gereja sendiri.. Pakai hukum sendiri. Buat malu agama jer. Walau aku ada byk kawan gay (lelaki/perempuan) tetapi perbuatan tak sampai bergini.. Apa logik nya jika mengaku sebagai pengikut tuhan tetapi melangar hukum & dosa yg paling besar??

lol admin..x psal-pasal salahkn nik aziz..cermin muka tu dlu siot...

ape kaitan dgn tok guru nik aziz...)>ni dah jadi agama sesat,,kita kena halang perbuatan durjana ni..bangsat tul la org mcm ni!!!! tunggulah hari kebangkitan islam

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS