Mercun Meletup Dalam Genggaman
KOTA BHARU - Ketika umat Islam baru empat hari menjalani ibadah puasa, sudah ada yang terpaksa melaksanakan ibadah itu di hospital dan meratapi tiga jari yang hilang gara-gara bermain mercun bola.
Selain putus tiga jari, mangsa, Nasrudin Mohd. Nazli, 19, turut mengalami luka di muka dan tangan kanan akibat letupan mercun tersebut dalam kejadian di Kampung Dewan Beta di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa yang bermain mercun sambil membonceng sebuah motosikal dikatakan tidak sempat untuk melontar mercun tersebut dan ia meletup dalam genggamannya yang menyebabkan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah tangan kirinya putus.
Nasrudin berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dan rakannya menunggang motosikal di kawasan kampung berkenaan.
"Masa itu saya membonceng motosikal tersebut. Saya kemudiannya menghidup mercun bola itu dan tiba-tiba ia meletup di tangan kiri saya tanpa sempat melontarnya.
"Selepas bunyi letupan itu, tangan saya berlumuran darah dan jari sudah tiada. Kawan saya kemudiannya membawa saya pulang sebelum ke Klinik Ludang Paku untuk mendapatkan rawatan sebelum dihantar hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Wad Cempaka, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.
Nasrudin berkata, ekoran kejadian itu, dia sudah serik dan tidak mahu lagi bermain mercun selepas ini. - KosmoOnline
Orang dah kata jangan main mercun, tapi degil juga nak buat macamana.
4 Komen
nie mesti dok baling2 mercun kat umah2 org @ kat orang2 jalan2 kaki~ tau sngat lar kalu dah men mercun atas motor tue~
bahaya mercun ni ...nak2 kalo stok masa bakar / cucuh sumbu dia kita pegang2..bakar tu bleh tapi jgn la pegang kat tgn..kalo x gini la jadi nya...pas ni berita mesti ada lagi cite pasal ni..kalo x caya tgk la nanti
satu jer aku nak kata.. P.A.D.A.N. M.U.K.A.!!!
umo 19 taon..act la mcm org umo 19 taon..akai pendek nie..
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS