Melecur Selepas Kutip Mercun

Melecur Selepas Kutip Mercun

KUALA TERENGGANU - Hari Raya Aidilfitri tahun ini menjadi pengajaran kepada seorang pelajar tingkatan satu di sini apabila tiga jarinya hampir putus manakala leher dan dadanya melecur selepas mercun bola yang dicucuh meletup di Kampung Seberang Takir dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 9 malam itu berlaku ketika Mohd. Syafiq Zuhairi Zainuddin sedang bermain mercun bersama beberapa rakannya sebelum pergi ke surau untuk solat tarawih.

Mohd. Syafiq berkata, kejadian malang itu berpunca daripada kesilapannya sendiri kerana terlalu berani mengutip mercun bola yang telah dicucuh.

"Pada mulanya saya baling mercun bola itu tetapi tidak meletup. Selepas itu saya pergi kutip (mercun) semula, tiba-tiba ia meletup," kata ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Ekoran letupan itu, tiga jari kanan Mohd. Syafiq cedera teruk dan hampir putus manakala leher dan dadanya pula melecur.

Sementara itu, ibu mangsa Norayati Ismail, 34, memberitahu, sebelum kejadian, anak sulung daripada tiga beradik itu meminta kebenarannya untuk menunaikan tarawih di surau yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

"Tidak sampai sejam kemudian, seorang kawan Mohd. Syafiq menghubungi saya dan memaklumkan anak saya cedera terkena mercun," katanya.

Wanita yang bekerja sebagai tukang jahit itu berkata, anaknya kini dilaporkan stabil dan akan menjalani pembedahan kecil dalam masa terdekat bagi mengetahui sama ada jari tengah Mohd. Syafiq perlu dipotong ataupun tidak. - Kosmo Online


Insiden yang sememangnya akan terjadi dibulan puasa...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS