Paparan hiburan, lawak jenaka, informasi, isu semasa dan berita terkini.
Pages
Kes Khalwat Gugur
‘Raya tahun ini lebih bermakna’
KUALA LUMPUR: “Hari raya tahun ini lebih bermakna bagi saya selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat keputusan saya dibebaskan dan tiada kes khalwat antara saya dengan Roslin,” kata penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman dalam nada yang ceria.
Dia berkata demikian ketika dihubungi Harian Metro semalam, selepas pihak Jawi dalam siasatan mereka mendapati tiada kes khalwat berlaku antara Raja Azmi dan bekas pemain badminton negara, Roslin Hashim. “Kejadian ini (tuduhan khalwat) berlaku pada Ramadan tahun lalu bagaimanapun Ramadan tahun ini semuanya sudah berakhir. Saya bersyukur kerana mendapat berita gembira ini di bulan puasa,” kata isteri kepada bekas jaguh beregu negara, Jalani Sidek itu. Sementara itu, Raja Azmi berkata, dia akan mengadakan sidang media khas di sebuah hotel di ibu negara Rabu ini untuk mendedahkan ‘rahsia besar’ serta apa sebenarnya berlaku sehingga mengheret dia dan Roslin di dalam tuduhan khalwat itu. “Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Saya akan tunjukkan bukti dalam sidang media itu nanti. Orang dah malukan kita, jadi inilah masanya saya bersihkan kembali nama saya yang tercemar,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai sidang media itu sehingga tiba hari sebenar. Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi, 52, dituduh berkhalwat dengan Roslin, 36, sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini jam 8.30 malam.
Norhayati membuat laporan kepada Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat.
Selain kes khalwat itu, pada 20 Ogos tahun lalu Raja Azmi juga ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, dekat sini, kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan sebagai saksi dalam kes saman sivil berhubung penjualan tanah bernilai RM5.9 juta.
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta. 2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang. 3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang. 4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS 4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta. 4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook. 4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS