Gadis Hilang Ditahan Peras Ugut Keluarga

Gadis Hilang Ditahan Peras Ugut Keluarga

PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.

Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.

Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.

Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.

Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.

“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.

“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. - Kosmo Online


Anak-akan sekarang suka menyusahkan keluarga!

2 Komen

Ini Galakan Daripada jantan Durjana. yang mempergunakan Gadis Untuk Duit.
Dan, Yang Perempuan jalang Pula Sanggup Buat Keluarga Risau Semata2 Nak Layan kekasih Yang Sedia Durjana.

dah ada otak tu, gunakan la utk fikir... pentingkan bf dari keluarga pulak...*ds

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS