Dibelasah Pelanggan Akibat Lambat Menyediakan Juadah Berbuka


Dibelasah pelanggan

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja sebuah restoran di Taman Mulia, di sini, cedera di muka dan badan selepas dibelasah seorang pelanggan yang berang kerana makanan dan minuman dipesannya untuk berbuka puasa lambat dihidangkan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, suspek berusia 30-an dikatakan mengamuk apabila pesanan makanan dibuatnya belum dihidangkan sedangkan hampir masuk waktu berbuka.

Menurut sumber, suspek kemudian memanggil seorang pekerja restoran sebelum memarahinya.

“Mangsa yang berusia lewat 20-an kemudian menerangkan pihaknya berusaha menyediakan juadah untuk pelanggan mengikut giliran selain meminta suspek bersabar, namun tidak diendahkan.

“Suspek terus menampar dan menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan dia terjatuh. Dua rakan sekerja mangsa yang menyaksikan kejadian itu kemudian cuba menenangkan suspek,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, dua rakan mangsa gagal berbuat demikian kerana suspek kemudian mengambil kerusi sebelum cuba memukul mereka.

“Dua rakan mangsa melarikan diri sebelum suspek terus memukul mangsa lebih 10 minit sambil disaksikan pelanggan lain. Suspek meninggalkan kawasan itu selepas azan,” katanya.

Mangsa kemudian menghubungi pengurus restoran itu. Sehubungan itu, mangsa dan pengurus restoran tampil ke Balai Polis Sungai Besi, di sini, membuat laporan berhubung insiden itu. - myMetro

Ramadhan perlu banyak bersabar..,

8 Komen

baek tak payah pose...nampak benor nyer pose cuma tahan lapar dahaga je..hampeh!!

ni mesti pekerje die jawab kerek semacam atau wat dunno je. kekadang pekerje yg salah.

Apa Da... Sebab Makan Punya Pasal Sanggup Mencederakan Orang.
Kan Senang Beli Je Kurma Makan Dulu Kurma Tu Sambil Menunggu Juadah Berbuka Puasa Or Berbuka Kat Rumah Je Senang Cerita.

Hampeh.

kalu betul pn pelayan tu kerek patut ke pukul? isk3
tu pn kalu je

adoi...banyak2 kan la bersabar bulan ramadhan ni...

kalo dtg kul 7.10 expect siap kul 7.30 mmg tak dapat laa kawan,ape orang lain pon que gak,dh tau lambat buat cara lambat laa.bagi kt aku pon aku pepah mamat yg belasah pekerja restoran tuh

Fikr la org len sma...pekerja tu pn mgkin berpuasa...wlpn itu pekerjaan dia,dia pn perlukan msa jgk untuk berbuka.....tu la bangsa sendiri,sama agama pn nak dpukul...

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS