Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Di R&R

Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Di R&R

SUNGAI SIPUT – Seorang bayi lelaki dijumpai ditinggalkan di dalam sebuah kotak di dalam surau wanita kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Salak Baru di sini semalam.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang pekerja Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada pukul 7.15 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, pekerja MPKK terbabit yang sedang membersihkan surau di hentian berkenaan curiga dengan kandungan sebuah kotak di kawasan tersebut.

“Sebaik kotak itu dihampiri, dia mendengar bunyi tangisan bayi dari dalam kotak tersebut. Pekerja MPKK itu kemudiannya memaklumkan penemuan bayi tersebut kepada pihak polis,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Dzuraidi berkata, bayi lelaki berkenaan yang dibalut dengan kain batik itu masih dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Sungai Siput di sini untuk pemeriksaan.

Menurut beliau, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama bayi berkenaan yang dipercayai ditinggalkan ibunya.

“Polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis Sungai Siput di talian 05-5981222 untuk membantu siasatan,” katanya. - Kosmo Online


Bulan Ramadhan bulan baik pun masih lagi ada yang buang anak...

2 Komen

eiii~~ cian baby tuh..da la comeyy..

oklah dia buang tempat yg selamat. dlm surau. balut lg dgn kain. tak mcm yg terlalu kejam smpai bunuh baby.. buang dlm sungai mcm buang sampah.. insyallah.. mesti ada org nk adobt baby ni..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS