KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan dakwaan blog dan laman sosial Facebook yang menghebahkan dakwaan kejadian pelik bulan mengelilingi Kaabah dan langit bertukar menjadi biru terang berlaku di Mekah malam kelmarin.
Fenomena yang kononnya berlaku sehingga semalam itu turut tersebar meluas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikatakan dihantar oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman.
Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Mohd. Fairos Asillam berkata, dakwaan itu tidak berasas kerana tiada kejadian unik atau ganjil dari segi pergerakan atau kedudukan bulan pada malam tersebut.
“Bulan sekadar melintasi Kaabah dan tidak mengelilinginya seperti yang disebarkan kerana ia seperti biasa akan terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat,” katanya.
Fairos menambah, dakwaan bahawa kenyataan itu dikeluarkan adalah tidak benar memandangkan Mazlan tidak pernah berbuat demikian. - Kosmo Online
Angkasa Nafi Bulan Kelilingi Kaabah
Berikutan dengan hebahan kejadian bulan mengelilingi Kaabah yang tersebar di facebook dan sistem pesanan ringkas (SMS), ANGKASA memberikan jawapan berikut...
Jangan terlalu percaya dengan mesej berantai
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS