Amah Datuk Larikan RM300,000
GAMBAR Rospita yang diedarkan untuk membantu siasatan polis.
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.
Kehilangan barangan kemas, wang tunai serta beberapa barangan berharga lain disedari oleh isteri ahli perniagaan itu pada pukul 8 malam hari kejadian.
Antara barangan yang didakwa hilang ialah jam tangan jenama Rolex, Omega, Salvatore Ferragamo dan wang tunai berjumlah RM7,500.
Sejurus sebelum barang-barang berharga itu disedari hilang, pengawal keselamatan kediaman Datuk itu ternampak salah seorang amah di situ meninggalkan rumah majikannya dengan menaiki sebuah teksi selepas memberi alasan untuk membuang sampah.
Pembantu peribadi Datuk itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, amah yang dikenali sebagai Rospita, 20-an baru dua bulan bekerja di situ.
Menurut Zamri, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mempunyai dua pembantu rumah warga Indonesia dengan Rospita ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengemas dan membersihkan rumah.
Seorang lagi amah ditugaskan untuk memasak serta menjaga dua orang anak majikannya yang berumur dua dan empat tahun.
"Dia dipercayai menyorok barang-barang yang hendak dilarikan di dalam baju yang dipakai," katanya semasa ditemui pemberita di Balai Polis Batu 6 Gombak dekat sini semalam - KosmoOnline
Hati-hati mengambil pembantu rumah!
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS