4 Pelajar Cedera Parah Dalam Pergaduhan Di Luar Pekarangan Sekolah


KUALA LUMPUR: Empat pelajar sebuah sekolah menengah di sini cedera parah dalam satu pergaduhan di luar pekarangan sekolah mereka petang ini.

Mereka mendakwa diserang lebih 30 pelajar yang bersenjatakan besi, cota dan topi keledar, dipercayai dari dua sekolah lain, di luar pintu sekolah pada kira-kira pukul 1.15 petang, semasa hendak pulang.

Seorang pelajar dikatakan mengalami kecederaan parah di kepala, manakala seorang lagi retak di tangan kanan dan dua lagi cedera di beberapa bahagian anggota badan.

Salah seorang pelajar yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Mohd Amirul Aiman Mohd Marzukhi, 17, berkata, beliau diserang semasa cuba meleraikan pergaduhan dan semasa cuba membantu seorang rakannya yang dipukul.

"Mereka datang dan serang kami secara tiba-tiba. Saya cuba selamatkan rakan tapi dipukul di bahagian kepala," katanya. -Bernama -myMetro


Budak-budak sekarang perlu diajar menggunakan tangan dan kaki, guna rotan tak rasa kesannya...

1 Komen :

hhhmm... makin berani mereka ni....

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS