25,000 Saman iPhone
SEOUL, Korea - Seorang peguam menyatakan sekumpulan pengguna yang mengandungi lebih 25,000 warga Korea Selatan kini menyaman firma Apple Inc. kerana melanggar hak persendirian mereka.
Menurutnya, pelanggaran hak persendirian itu berkaitan dengan pengumpulan maklumat lokasi pengguna telefon pintar keluaran Apple, iPhone.
Peguam itu, Kim Hyeong-seok semalam menyatakan, saman tersebut melibatkan 27,612 orang dengan setiap seorang menuntut ganti rugi sebanyak AS$932 (RM2,772).
Hyeong-seok berkata, saman itu ditujukan ke atas Apple Inc dan anak syarikatnya di Korea Selatan.
Dia mengemukakan saman serupa pada awal tahun ini dan diberikan ganti rugi AS$932.
Apple berdepan aduan dan kritikan sejak pendedahan di Amerika Syarikat bahawa iPhone menyimpan senarai lokasi menara telekom berdekatan dan pusat WiFi berhampiran lokasi ia digunakan.
Data tersebut boleh digunakan untuk mencipta peta yang merekodkan pergerakan pemilik iPhone. - AP - Kosmo Online
Sangat bahaya smartphone sekarang, boleh mengetahui privasi anda.
1 Komen :
kalau macam ni aku nak jual la iphone aku....iphone 3gs 16gb white maxis set...complete. price pm me :) seronokpunya@yahoo.com
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS