1,300 Permit Bas Tambahan Hari Raya Dikeluarkan


KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan bas awam untuk pulang ke kampung tidak perlu risau kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bakal mengeluarkan 1,300 Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi permit bas tambahan sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Kamal berkata, LPS yang dikeluarkan SPAD kali ini adalah bagi kegunaan bas tambahan yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

“Sebelum ini, SPAD menetapkan tempoh permohonan LPS berakhir pada 15 Ogos tetapi dilanjutkan sehingga 23 Ogos ekoran permintaan tinggi dalam kalangan pengusaha bas.

“LPS hanya dikeluarkan kepada pemohon daripada pengusaha bas yang menggunakan bas ekspres, bas sekolah, bas pekerja, bas catar, bas henti-henti dan bas persiaran untuk kegunaan bas tambahan,” katanya.

Tambahnya, sehingga 16 Ogos lalu, sebanyak 1,209 permit telah dikeluarkan iaitu Ibu Pejabat Putrajaya sebanyak 724 permit, pejabat di Wilayah Selatan (183), Utara (278) dan Timur (24).- Kosmo Online


Cepat-cepat dapatkan tiket bas anda sebelum habis!

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS