Mayat Gadis Dikerat Dan Dibakar

Mayat Gadis Dikerat Dan Dibakar


‘Saya yakin mayat Ayu’

Johor Bharu: Misteri kehilangan pelajar tingkatan empat, Nurrahayu Qomarodin Bajuri, 16, terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badannya yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram, kira-kira 5 petang kelmarin.

Polis turut menemui serpihan tulang selain pakaian milik remaja perempuan itu yang hilang dari tapak pembinaan berhampiran tempat kerja bapanya di pekan Seri Alam di Masai, selepas dihantar pulang teman lelakinya jam 2 pagi pada 14 Jun lalu.

Ibu angkat Nurrahayu atau dikenali sebagai Ayu, Juliana Jumail, 35, berkata, dia tidak sangka anak kesayangan keluarganya itu ditimpa nasib malang apabila ditemui dalam keadaan menyayat hati, petang kelmarin.

“Ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk membuat pengecaman mayat selepas dihubungi polis, kami bukan saja bimbang, malah sebak mengenangkan nasib Ayu.

“Saya yakin mayat yang ditemui itu milik Ayu berdasarkan keadaan fizikalnya selain penyepit rambut bercorak bunga yang gemar dipakainya dijumpai di tempat kejadian,” katanya.

Juliana berkata, dia tidak sangka jenazah yang terbaring kaku di depan matanya adalah Ayu di mana pengecaman itu dilakukan berdasarkan keadaan fizikal gadis bertubuh kecil dan gemar memakai penyepit rambut.

Malah, menurutnya, keluarga kandung Ayu juga diminta ke hospital untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan mayat itu.

“Sebelum kejadian, Ayu yang tinggal bersama saya di Taman Universiti di Skudai, berkelakuan pelik apabila menggosok baju sekolah dan mencuci kasut seolah-olah beria-ia hendak ke sekolah.

“Saya berharap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang bertindak kejam membunuh Ayu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat dipercayai dibunuh dengan kesan kerat di badan dan dibakar di dua lokasi berbeza iaitu di Tanah Perkuburan Hindu Masai serta di ladang sawit berhampiran Sungai Tiram, Ulu Tiram.

“Polis menjumpai serpihan tulang terbakar dan beberapa bukti termasuk baju, seluar, selipar dan penyepit rambut jam 5 petang kelmarin.

“Hasil ujian DNA mendapati ia sepadan dengan mangsa.

“Berikutan itu, polis menahan reman suspek utama iaitu seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun selama tujuh hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” katanya yang enggan mengulas sama ada gadis itu mangsa rogol.

Pada 2 Julai lalu, akhbar ini melaporkan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun hilang di satu tapak pembinaan di pekan Seri Alam, 14 Jun lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya. Nurrahayu pada mulanya menjerit meminta teman lelakinya mengambilnya semula tetapi tidak dihiraukan lelaki terbabit.

Ketika mendedahkan perkara itu, kakak mangsa, Wayaaliasanti, 19, berkata teman lelaki adiknya itu tidak mengendahkan rayuan Ayu supaya mengambilnya semula selepas meninggalkannya berhampiran tapak pembinaan.

“Teman lelaki adik menurunkannya di depan pondok pengawal keselamatan tapak pembinaan terbabit,” katanya. - myMetro


Sangat kejam...

12 Komen

moral kat siney anda taulah snediri erk....

remaja perempuan sekarang terlampau berani sampaikan mudah percaya dgn mana2 lelaki..bila tjadi mcmni..xtau dh nak ckp mcmana..kesian kt family...

buat remaja diluar sana,jadikan ini sbg panduan dan pengajaran.....inilah yg jd jika terlalu mengikut kata hati dan membelakangkan perasaan ibubapa...

BF dia tu bodoh ke ape ?

alfatihah utk arwah..ingatan utk semua gadis2 yg ingin bercinta..pilih la lelaki yg betul2 setia n menyayangi kamu..dlm kes ni nampak sgt teman lelakinye sgt kejam..ade ke patut tinggalkn gadis ni kat tempat macam tu..bkn saje pengawal, bangla2 yg sangap tu pon leh geram tgok gadis ni..kesian..umur muda lagi..diharapkan hukuman setimpal pada si pengawal durjana tu..n gambar si boyfren arwah patut ditayang untuk tatapan umum..org akn tau lelaki mcm ni x boleh dijadikan suami n org akn blame die seumur hidup..biar die rase..nk sgt bercinta tp x ikhlas..hrp semua ambil ni sebagai pengajaran..sekali lg alfatihah utk arwah..

bergaduh dgn bf ke?ape punye lelaki mcm tu?bila jadi mcm ni bf tu tak rasa bersalah ke?ape pun tak boleh

salahkan aje teman lelaki dia tu.bagi dia tertekan.orang anta kat rumah dia pi anta kat situ pasai apa?

ape yg korang merepek2 ni ha???orang 2 da mati pon.korg jgn pkai ckp je......yg bunuh die bkn pakwe die..jaga kslmtn tmpt bapak die kje wei.....kwn bapak die......

yela...tp klau pkwe arwah 2 x tinggalkan die...akan jd ke mcm 2? klau pkwe die syg arwah...ptah balik ambik die..msti arwah hidup lagi smpai skrang..so..puncenye?? pikir la sndri..

sama2 la kita mengambiil iktibar dan pengajaran atas pa yg telah terjadi. Al-fatihah untuk arwah ayu.

pengajaran buat remaja di luar sana...umur 16 thun masa utk menuntut ilmu bkn bercinta...ni siap kuar dating balik kul 2 pg, ilang akal ke ape....mak ayah dia plak x kawal ke ank diaorg,...ank pompuan kot, laki leh tahan lg.....tu la dh nk brcinta sgt, dh jd cmni tanggung la sndr....masa ank nk kuar ngan bf mak ayah x larang ke? x nasihat ke?

dh2 xusah la nk tunding jari or salahkn sesiapa dlm hal ney..pekara dh pn berlaku..ap yg pntg kte ambk pengajaran dlm kish ney..kita tdk akn thu situasi tersbut slgi hal itu berlaku pd dri sendiri or pd sedra terdekt kte..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS