Keputusan Undian Perhimpunan BERSIH 2.0

Pada seminggu yang lepas kami telah mengeluarkan undian dengan soalan "Adakah anda setuju Perhimpuna​n BERSIH 2.0 diadakan?", ini adalah keputusan yang diperolehi oleh kami (dikira pada jam 8.10pm 8 julai 2011).

Jumlah yang membuat undian adalah seramai 111,445 orang.

54106 memilih SETUJU
57339 memilih TIDAK SETUJU

Jumlah komen 10667


Keputusan Undian Perhimpunan BERSIH 2.0

BERSIH adalah gabungan NGO yang menuntut pilihan raya bersih.
antara 8 tuntutan BERSIH adalah:

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari


• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah


Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.



Terdapat segelintir individu yang membuat undian tetapi belum membaca 8 tuntutan BERSIH, dan juga ada yang bersetuju pada 8 tuntutan tetapi tidak pada perhimpunan.

24 Komen

yang nomber 5 ni aku mintak sangat2....!!!

sedih.. :(
lebih ramai yg sokong kotor daripada bersih...

bukan sokong kotor, tidak menafikan tuntutan BERSIH, cuma pertikaikan pendekatan BERSIH, tak ada cara lain ke untuk membuat 8 tuntutan selain melalui demonstrasi?

haha berjuang untuk parti DAP, nak angkat si blue actor jadi PM??

agak2 kalau soalan ni di ajukan kepada puak2 cina rasa2 apa jawapan kaum cina?? dan kenapa??

at least we can cheat ourself

huhuhu wat everla...yg pting d negeriku ini aman ja....xda gadu2 yekk....any way wish u all gud luck beb...!!!apa yang penting keamanan k....

soalan BOM321 di fb:
Mana lagi haram? Arak ? Judi ? atau Perhimpunan ? :D



ans:
arak dan judi sah2 haram untuk org islam, tapi kerajaan tak pernah kata lesen arak dan judi diluluskan untuk org islam.. melainkan ade puak2 yg membuat fitnah, dosa fitnah..

memaki hamun halal ke haram?

mampu ke????
jgn indah dh khabar je...
pikir guna akal

mengaibkan orang halal ke haram? rasuah halal ke haram ? bagi IC kepada mat Indon untuk mengundi halal ke haram? bawak masuk pengundi hantu halal ke haram ? akhlak remaja makin jatuh tapi kekayaan yang lebih diutamakan halal ke haram ?

Aman pun tak de guna jika isi dalam busuk ke tidak..kita tak tahu? tak usah sangka buruk kat sapa2..tuntutlah keadilan..selagi ia utk kebaikan semua..amar makruf nahi mungkar...

kulat, nak tanya. siapa yg dari dulu lagi mengaibkan org? contoh melukis gambar tunmahathir dgn hidung besar, menuduh najib berzina dgn org mongolia.merendahkan keislaman org lain. mencerca mufti

ade bukti ke bagi ic kat org indon?

akhlak remaja di kelantan&selangor tu ape cite? byk je rumah2 urut kat selangor tu..halal ke haraM?


kamu tuntut keadilan tu, aku nak tanya, pihak mana yg paling beruntung ? DAP PAS PKR?

vendetta: BOM, kalau nak naikkan undi kepada yg SETUJU terhadap perhimpunan BERSIH tu, baik BOM tanya puak2 Cina, mesti undian naik mendadak punya, tapi apa yg pasti 95%yg pergi org melayu ja la, yg cina tgk je..

tak caya cuba tgk undian dlm paper the star online, almost 100% menyokong BERSIH, puak2 cina la tu

ok la,cm ni la,jadi pihak pembangkang je la ye memaki hamun? kalau lesen arak tu tak diluluskan macam mana kilang tu beroperasi? tanpa segan silu? pusat perjudian di genting tu kalau tak lulus siapa ek yg bagi dia bukak? emm...rumah urut yg dimaksudkan tu ade ke lesen? konfem2 haram diorang bukak?yg dlm berita hari2 duk serbu tu? pernah turun tak masa pilihan raya? pernah jaga jalan raya time mengundi ? kalau xpernah tu..mmg tak kenal la pengundi hantu...hehehe..tak guna la berdebat kat sini,setakat korek isi dlm internet jadikan bahan..bek tak payah laa..turun sendiri baru faham...53 tahun memerintah...kita tutup mata je kan sbb keamanan?? orait..insyaallah..moga Allah tunjukkan jalan yg lurus kepada kita semua..andai kita salah moga Allah sedarkan kita...andai kita betul moga Allah merahmati kita..aamin..

kulat, tapi kilang arak kat shah alam tak tutup pun, ok.

kulat, pusat perjudian kat genting tu ada undang2 org Islam tak boleh masuk, mmg ade org jaga nak elak org melayu masuk.

tapi kalau org bukan islam, cina nak masuk lantak dia la, mmg kerajaan luluskan lesen untuk mereka

bodo nye bom321 ni..8 tntutan je ni ke yg korg tau..yg lain2 tntutan psal agama islam xnk mik tau plak...klu berani kluarkan la...bangang

kalo dah memfitnah org bukan islam pon dosa ke tak?fikir2 la sendiri.dia tu peguam.kwn2 korang yg peguam or bkal tu nnti nak duit punya pasal mmg akan ketepikan jgk prinsip sbb nak ada job..kalo perhimpunan ni tak dibuat?nak salur kat mane lagi?kat stadium?hampeh la kerajaan nak layan..hampir nk jadi kerajaan komunis dah malaysia ni..semua benda kerajaan yg decide..rakyat takde hak apa2 dah..pernah fikir cmtu?

Org melayu sibuk melalak2 mcm anjing kurap kat jalan raya. Org cina & India duk gelak tgk org Melayu jd makin layu... Ape dpt lps demo? Dpt penat, pastu puas hti dpt menyusahkn org lain. Ambiga plak gelak je sbb dpt bodohkn org melayu..

bila hak bersuara tidak diberikan, demotrasi dijalankan.. ak xrase yg melayu jer join perhimpunan tu.. ak nmpk byk lg kaum2 lain.. cume ak xrase demostrasi mcm tuh dijalankan.. lg 1, penipuan oleh media masa,menteri mengatakan langsung tiada gunakan kekerasan.. tp ak nmpk sepak terajang jugak naik

padan muka sapa suh buat perhimpunan..dh clarify haram..so polis ambil tindakan lah wat bg sedar korang yg tak sedar2...dok umah ko kena sepak teranjang?hahaha

Aku rase mereka ni cube untuk menjadikan negara seperti negara arab yang sentiasa berperang....konon2 untuk menegakkan keadilan....walhal makin menghancurkan adala....Jika manusia itu bijak, dia akan mencari jalan yang tidak akan menyusahkan, mencederakan org lain....BERSIH cume merosakkan imej negara...cmtu tu pun xleh pikir ker....lagi satu mengajar golonganakan datang untuk mengikut cara mereka untuk mendapatkan sesuatu dari kerajaan....

sekarang negara kita dah dikategorikan aman damai so watpe nak ikut cara negara arab..amek contoh LIBYA..drpd aman damai n xde pertumpahan darah dgn tbe2 jd negara perang..yg omputih konon prihatin tp last2 die main bom n tembak je org libya..pastu die kate 'kami mintak maaf, x sengaja' sesuka ati mak bapak die je bom negara org pastu mintak maaf..mmg stail israel la tu..korang nk ke jd camtu..kite ikot sgt si ambiga n anwar tu..last2 yg rugi sape?kite jgak..yg untung kaum cina n india..leh gelak2 sakan kat umah tgok org melayu gadoh..tu blom lg klu USA plak tibe2 masuk campur kononnye nk bantu gulingkn kerajaan kita..pastu fhm2 la..mesti diorg nak ade kepentingan diorg kat sini..mcm iraq n afganistan la..ade diorg reti2 nak berambus??selagi minyak x abes dikaut selagi tu la die xnak kuar..so tlg la fikir semua ni..mmg la kdg2 ade cacat cela dlm pentadbiran negara..rasuah arak, pusat hiburan n mcm2 lg..bende2 camni rasenye kite kene gunakn saluran yg btol utk tegur..sbb klu DAP n PKR sndiri memerintah pon rasenye xde maknenye diorg nak stop bende ni..PAS pulak ikot telunjuk DAP je..lemah lutut bile jumpe DAP..so diharapkan semua fikir mendalam tentang kesan buruk bile kite wat demonstrasi camtu..yg untung bkn org melayu tp kaum lain..kaum lain semua dah bersatu..kita bila lagi?fikir2kan lah...

hahahaha....ternyata semua yg condem perhimpunan ni penakut, ehh, malaysian ni masyarakat yg cintakan keamanan lah korg taktau ke, kita takde budaya2 yg mengundang keganasan pon, menangis pengubah sistem pendidikan bile korg cakap perhimpunan ni boleh wat kucar kacir negara, diorg yg pergi perhimpunan ada belajar, diorg tau baik buruk, ada agama, ada moral, lagi sedey bila peniaga2 yg konon takut perniagaan diorg rugi, hah giler kau beribu org kot turun KL masa tu, bukan semua dok KL, ingat diorg datang bawak bekal untuk dua hari ke? tak diorg perlu makanan korg rugi besar aku cakap.....hahaha aku tgk video youtube, tak nampak bukti pon peserta perhimpunan menyebabkan pihak berkuasa bertindak, pihak berkuasa bertindak pon atas arahan dato' tak tgk ke video, tajuk die lebih kurang camni "the moment police break their promise" hah kalo ikut prosedur operasi FRU diorg boleh bertindak bile peserta nyata cuba menganas dan merempuh diorg punye penghadang je, aku tgk video takde pon diorg langgar penghadang tu tapi FRU dah lepaskan gas pemedih mata, dan paling kelakar, ialah, yg nyata ada langgar FRU yg dgn penghadang plastik tu patriot jer, cari lah video tgk sendiri......org ada tuntutan, ye ramai cakap cara tak elok, tapi point perhimpunan tu ialah menunjukan kat agung berapa ramai rakyat yg mahu memorandum nie diberi perhatian tu je, yg kerajaan lebih takut apasal??

Sory for my stupidity just nows, Yang Di Pertuan Agong, not just agung, sorry.....

penyokong bersih bodoh,anwar bodoh, ambiga lagi bodoh.!
BERSIH ni 1 agenda yang budak bodoh saja yang menyokong. lepas habis BERSIH BODOH ikut cakap keling. timbul 1 lagi agenda SALAH POLIS. baik mampus je sume yg pergi perhimpunan tu.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS