Kenyataan Rasmi dari KFC Berhubung Isu Ayam Di Tapak Kasut


1 Julai yang lepas kita digemparkan dengan penemuan video seorang pekerja KFC menyapukan ayam ditapak kasut, (anda boleh lihat disini pekerja KFC yang biadap), dengan itu, pihak KFC Malaysia telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung kes ini.


Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.


Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.


Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.


KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.


Pengarah Urusan


KFC Holdings (Malaysia) Bhd

Sumber - Facebook KFC Malaysia

Ada rasa macam nak pergi makan KFC tapi ...

11 Komen

ayam perisa kasut.. goreng sndiri lg pueh ati mkn dr mkn kat kfc..

Ada rasa macam nak pergi makan KFC tapi best lagi makan kaki ayam.... hehehehe~

jgn sebab sorang dua buat hal, satu malaysia dpt nama buruk , tak semestinya kfc yg lain macam tu, kfc tmpt sy bekerja mmg mengamalkan kebersihan yg ketat, harap maklum ye :)

apa ke bangang pengarah kfc ni.
bukan tampil mohon maaf atas kejadian yg berlaku, tp bg ucapan terima kasih pulak. lari topik

sepatutnya cakapla kami pihak kfc mohon maaf atas kejadian dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak berkenaan.

isk2 camni jd pengarah. bg la ayat yg leh kami sedap skit.

mmg la bkan sume pekerja kfc bwt cmtu.. tp kte tau ke bnde tu terjadi kt kfc mane? malaysia ni ponoh da kfc.. skang ni boikot jela dlu smpi kes selesai.. n pasti ker pekerja lain xbwt? itu kte tawakal jela.. sbb xnmpk dpn mate.. :)
pengenalan baru utk seseorg bergelar sahabat :)

ermm betul tu...sepatutnya pengarah kfc nie meminta maaf di atas segala kecuaian yg berlaku...nie mcm tak nak mengaku salah..terang2 ckp nk ambil tindakan..aikkkk sepatutnya tampil dgn menjelaskan lagi isu tersebut berserta dgn ucapan maaf..

sbg sebuah organisasi, KFC sepatutnya mengambil issue ini sbg organisasi issue bkn individual issue dan sewajarnya mintak maaf atas apa yg berlaku dan juga memohon maaf atas tindakan KFC sendr yg tidak disclose kes ini sekian lama. mohon maaf pon tk mau bleh ker percaya apa tindakan yg diambil oleh KFC kononnya pasang cctv

kes terpencil ke???? selalu dgr dlm TV...tk pernah berlaku sebelum ini...sbb tkda yg merakam....yg tk dirakam tk tau la cam mana agaknya...

patutnyer pengarah ni ckp mintak maaf sekali ....

pendapat sy, utk menyedapkan hati org lain nk mkn kfc lps ni, kfc leh pasang cctv & tayangkan kepada pelanggan diruang makan..so kite leh nampak cara penyediaan di dalam dapur kfc tu.. sbb sy penah kenal org keje kfc, dia penah citer yg diorg penah buat benda mcm tu dulu.. dia kate saje suke2x..

kalau perasan,ayam kfc skrg hanyir sgt...nk muntah mkn..bau je sedap...lagipon diorg skrg byk amik pekerja asing n budak2 keje sana ramai yang muda2....basuh ayam main celop2 je gaknye..huhuhu(saya dh lama x pegi mkn kfc...xselera)

Mcm ni ke pengarah KFC? cara cakap mcm org yg anta video tu nk serang KFC terang2ngan.. cemana lak dengan pekerja KFC yang serang pelanggan diam2?? Dia wat laporan polis sbb org bongkar perbuatan jahat staff dia?? ada dia wat laporan polis atas perbuatan jahat dan keji staffnya?? dengan laporan polis terhadap individu yg bongkar kes aniaya kepada pelanggan dan juga tidak memohon maaf kepada berjuta2 pelanggan di Malaysia ni yang mungkin termakan ayam yg dipenyek dengan kasut menunjukkan bahawa Pengarah ni tidak bertanggung jawab! ni baru ayam di sapu kasut.. belum kira yg kita xnampak sebab orang wat jahat akan sorok perbuatan jahat tu.. mcm orang kencing kat tangga shopping mall..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS