Ashraf Hafiz Aziz Meninggal Dunia

Ashraf Hafiz Aziz Meninggal Dunia

KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. – Bernama - KosmoOnline

Al-Fatihah!

7 Komen

innalillah...semua yg berlaku ada hikmahnya...mcm mne pgurusan jnzahnye akn dilakukn? mengikut cara jnzh laki2 atau prmpuan?...mst la lelaki kn...tp die suda mmpunyai organ2 yg menyerupai wanita...itu akn menimbulkan kesukaran pd pengurusan jnzh nye..hmm..moge Allah ampunkn dosa kita semua

Al-Fatihah...
beliau pernah ckp sanggup bunuh diri kalau mahkamah tolak permohonannya...
dan akhirnya....

Allah Maha Mengetauhi ...

(AJ Malaysia)

semoga Allah mengampuni segala kesilapannya di masa lalu..
-hamba Allah-

Rasulullah s.a.w bersabda:

Janganlah kamu mencela orang yang telah mati, sesungguhnya balasan amalan mereka telah disampaikan.”

Riwayat al-Bukhari

astagfirullah hal azim. walluh a'lam.

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS