dan Aizat selepas majlis penyertaan Askar Wataniah di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan tujuh lagi selebriti tanah air semalam menyerahkan borang bagi menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Tujuh selebriti lain ialah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Kapt. (B) Mohd. Nor Bon, penerbit filem, David Teo, penyanyi, Ana Raffali dan Aizat Amdan serta pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nurul Hidayah Ahmad Zahid Hamidi.
Berikutan penyertaan itu, mereka dijadual menjalani latihan ketenteraan selama 39 jam, namun tarikh mula latihan belum ditetapkan kerana bergantung kepada jadual masing-masing.
Menurut Siti Nurhaliza, beliau yakin penyertaan itu memberi peluang kepadanya membina jati diri serta memperoleh pengalaman baru.
"Saya pernah menjalani latihan seumpama ini dan boleh mengagak bentuk latihan yang akan diberikan kepada kami yang menyertainya.
"Saya teruja dan tidak sabar untuk belajar perkara baharu seperti cara mengendalikan senjata," katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan borang menyertai Rejimen Askar Wataniah kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan di sini semalam. - KosmoOnline
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS