Nak Balik Awal

lawak

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.
Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni:


Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?

Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi lagi banyak pahalanya!



Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?

Boss : Hang apa pasai??

Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng...

Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!



Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!

Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?

Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!

Boss : Alasan apa lak ngko nie?

Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati... Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...! Boleh kut boss yer pulang awal?

Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!


Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?

Boss : Naper?

Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!

Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu nunggu!!!

Mat Peon : tima kacih Boss!!! KAH! KAH! KAH!

4 Komen

hahahaha!!! memang best kalo betul ada boss cm nih kat dunia...

regards,
Sofia Smiley

Hahaha ! lama dia tunggu bulan habis . XD

hahahahahaha... lama menunggu mendung menjadi cerah.. hahaha

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS