Hina Islam: Ulama Mahu Pelukis, Penerbit Didakwa

Hina Islam: Ulama Mahu Pelukis, Penerbit Didakwa

Berikutan dengan gambar yang dipamerkan di facebook BOM321 semalam, isu telah dipandang keras oleh golongan ulama.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya. - MalaysiaKini

Jangan permainkan isu agama!

13 Komen

Salah ka? Bila kena batang hidung sendiri nak melenting pulak. Rakyat dah bingung! Kes rogol tidak lagi boleh dibela sebab tiada saksi melainkan rogol beramai-ramai.

kan kat kartun tue tulis "TOK PENGHULU" macam maner plak dia kata org tue dari pegawai Jabatan Agama??

mmg saje jea nie nk kena kan Utusan.

wahai khairul anuar: bace la ayat ini ye.. "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat kedustaan terhadap Allah atau yang berkata:” Telah diwahyukan kepada saya “, padahal tidak ada diwahyukan sesuatupun kepadanya, dan orang yang berkata:” Saya akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah “. Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata):” Keluarkanlah nyawamu “. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya." sesungguhnya Hudud itu hukum Allah. jgn sesekali kau mempersendakannya. Syirik Hukumnya. Bertaubat lah...

Bergantung pada tafsiran pembaca.
Jika pembaca bersifat natural, mereka mendapati pelukis hanya meluahkan rasa kekeliruan mengenai sesetengah isu. Pihak terbabit terutama pihak yg mengeluarkan kenyatan 'itu' harus memberi penerangan dgn jelas tanpa prejudis dan double standard.

Jika pembaca telah sejak azali membenci sesetengah pihak, maka apa sahaja teguran (melalui sindiran) akan dilihat sebagai penghinaan walaupun penulis/pelukis tidak sedikit pun menggunakan perkataan/imej kotor seperti yg selalu saudara zunar lakukan.
Wallahualam bi shawab.

awal lagi dah salah.. yang saksi 4 orang tu orang yang menuduh melihat ZINA bukan ROGOL!!!!! nmpk sngt nak jauhkan orang lain dr islam..

mantapkan ilmu islam dalam diri..ape2pun panduan kite Al -Quran.
rujukan sepenuhnya, tak guna bertekak akal.

bodoh, katun tu cakap " saya sempat rakam ngan hp je" klu kne rogol mane sempat nk rakam, tu bkn rogol tp rela, klu nk pakai hukum islam pakai semua sekali lah, hukum sivil ajer kate zina ngn org bwah umur tu di katogerikan kes rogol, padahal zina tetap zina. so klu dalam hukum islam, klu pesalah mengaku, maka jutuh hukum lah untuk dia, x perlu lagi saksi sbb dia sendiri dah mengaku.

Si Hadi sendiri dah buat bermacam-macam fatwa sendiri, u all x mtk dia mtk maaf dgn semua ahli PAS ke? Si haram kapal tu dia dok ampu harap sokongan...? Lagi memalukan org Islam. Takbir!!!

Apsal nak marah plak?? terasa ke?? bukan ke yang keluarkan kenyataan kata video tu besi golongan yang menggelar diri mereka ulama?? heheh...tu bukan ulama, tapi...fikir sendirilah...

Hahaha, tu laa..hati2 mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. sekarang dah kena kat batang hidung..nak tukar fatwa ke?

betul ke si pelukis ni lukis kartun ni berniat untuk hina islam?

(1) kalau betul pelukis berniat melukis kartun kerana ingin menghina islam, boleh jatuh hukum kafir.

(2) tak pasti sama ada si pelukis ni melukis kartun sebab dia jahil

(3) atau melukis kartun atas sebab ingin menyindir musuh2 politik....

tapi kita tak tahu niat dia

sape berani kata dia kafir?? yg no.(1)

*mungkin ini lah akibat nye, bila ada ulamak mengeluarkan hukum islam separuh2 untuk kepentingan individu

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=10150270916252990&id=279290772989

ni la jadinyer bila agama dan politik dicampur kan...politik is dirty...jgn nak cmpur kan dgn agama...

fikiran manusia ni bermacam-macam ..

fahamkan ayat nie, jika berfikiran positif, positif la jawapan ..
jika berfikiran negatif, negatif la jawapannya .. :)

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS