Sebelum ini kisah Aaron Aziz dan Fasha Sandha bengang dengan pelakon baru, kini giliran Fizz Fairuz pula dengan isu yang sama.
Siapa sebenarnya yang ditujukan oleh Fizz Fairuz ini
Tak habis lagi Mangga Muda kehulu kehilir mencari Iqram dan Fasha Sandha, lantaran 'amukkan' Fasha didalam twitter malam semalam, alih-alih Mangga Muda terlihat satu lagi status twitter yang tidak kurang hangatnya.
Kali ini, twitter milik pelakon Fizz Fairuz pula seakan menyampaikan tentang perihal seorang pelakon yang buat hal sewaktu dilokasi.
Apa yang boleh Mangga Muda tafsirkan, mungkin Fizz seakan sedang memarahi seorang pelakon yang tidak datang ke lokasi dan kesalahan itu ibaratnya seperti sudah pernah dilakukan.
Kalau tak silap Mangga Muda, Fizz sekarang sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Stanza Cinta bersama Aaron Aziz dan Fathia.
Dan kalau tak silap Mangga Muda, Fathia pernah dilabelkan bermasalah sewaktu di set penggambaran Stanza Cinta kerana datang lambat dan tidak hadir ke lokasi sehingga menyebabkan beberapa pelakon senior terpaksa menunggunya lama.
Tapi adakah orang yang dimaksudkan Fizz ini adalah orang yang sama? Adakah Fathia sekali lagi mengulangi kesilapannya?
Kalau benarlah Fathia juga orangnya, ternyata dia telah melakukan kesilapan yang besar, kerana mengulangi perkara yang sama dan menyebabkan orang ramai mempertikaikan tahap profesionalnya sebagai pelakon.
Dan sekiranya bukan, siapa pula yer yang berani menimbulkan kemarahan pada Fizz Fairuz ini? nanti Mangga Muda cuba risik-risikkan yer..
Mangga Muda: musim orang meroyan dalam twitter dan facebook, harap-harap mangga muda tak terjebak sama. - ManggaOnline
1 Komen :
saya suka fathia! lantaklah die problematic ke apa.dia kiut sangat dalam filem hijab
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS