Kita digemparkan dengan kejadian tanah runtuh jam 2.15 petang tadi (21 May 2011) yang menimbus separuh struktur Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang. kejadian tersebut telah menimbuskan seramai 25 orang terdiri daripada pelajar dan warden, difahamkan semasa kejadian berlaku, anak-anak yatim tersebut sedang melakukan raptai menyambut kunjungan dari pihak FINAS.
Terkini:
tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam
KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkaat sementara itu 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan.
Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian.
"Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya. - BHarian
Lapan maut sehingga jam 10.45 malam
8 Terkorban
7 Masih tertimbus
9 Selamat
Lapan maut sehingga jam 11 malam
9 Terkorban
7 Masih tertimbus
9 Selamat
Lapan maut sehingga jam 12 malam
10 Terkorban
6 Masih tertimbus
9 Selamat
Lapan maut sehingga jam 1 pagi
12 Terkorban
4 Masih tertimbus
9 Selamat
Lapan maut sehingga jam 1 pagi
16 Terkorban
0 Masih tertimbus
9 Selamat
1 Komen :
Ya Allah..kesiannya..
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS