Kaki Jasmin Hamid Melecur Terkena Air Panas (Gambar)

Kaki Jasmin Hamid Melecur Terkena Air Panas (Gambar)
Kaki Jasmin Hamid Melecur Terkena Air Panas (Gambar)
(Kaki kanan)

Kaki Jasmin Hamid Melecur Terkena Air Panas (Gambar)
(Kaki Kiri)


PETALING JAYA: Kaki kanan dan kiri pelakon Jasmin Hamid melecur teruk gara-gara terkena air panas ketika berada di set penggambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh, Sabtu lalu.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.

Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.

"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.

"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu

tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.

"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.

Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut. - mStar


"Semoga Jasmin cepat sembuh! "

8 Komen

bagus la jugak...bila peha dah berparut dah x blh lagi pakai seksi2..pakai skirt pendek paras peha.....kalau x mmg bangga sgt nak tunjuk peha dia tu...apa yg terjadi mmg ada hikmahnya....insaflah wahai akak...~~~sekadar mengingati sesama islam...~~~~

lepasni kene pakau selua panjang. xdela nak pakai ala2 selua dalam bile blakon. haha

x leh pkai seksi2 dah.....2 bru kne ckit n allah nk bg p'ingtn spy jgn pkai seksi2 sgt...insaf lah.juga jd p'ajaran kpd semua artis perempuan d m'sia y ske pkai seksi2

baru panas dunia

itu baru ckit allah beri peringatan!insaflah tutup aurat jgn kita bermain dgn agama sekejap pakai sekejap tidak...kerana perbuatan syirik kerna permainkan agama...masa dlm sakit pon masih di tunjuk auratnya massyaallah,jgn tunjukkan kita ini terlalu jahil..wallahmualam

Allah suruh tutup aurat lah 2..

semoga dia cover aurat lepas nih...jgn tutup bawah je...hok atas tu pun kene cover gak...jgn nnt termelecur plak kat lurah tu...baruuuu la nak tutup ... sape tahu kan...wallahuaalam... ;)

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS