Bir Halal Sebenarnya Haram



Adakah anda seorang penggemar minuman berjenama Barbican? Barbican adalah minuman bir arab perisa buah yang dikatakan tidak mengandungi alkohol dan disahkan Halal juga menjadi kegemaran anak muda ketika ini kerana ianya mudah diperolehi di kebanyakan restoran,
tetapi setelah dianalisis oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dan jabatan kimia mengenai kandungan minuman tersebut, Bir berkenaan mengandungi 0.5 peratus jumlah alkohol sedangkan minuman yang disahkan Halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus, ketinggian peratus alkohol didalam minuman tersebut menyebabkan minuman itu berstatus Haram.

UPDATE: satu lagi minuman "Bir Halal" yang popular di Malaysia iaitu Istak, Minuman ini diimport dari Iran.

Rujuk semula artikel yang dikeluarkan oleh myMetro.


JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.


Hati-hati apabila membeli makanan dan minuman.

11 Komen

mmg confirm ke air yang dimaksudkn 2 air Baribican?
sbb byk jugak 'bir2 halal' lain kt Malaysia ni

Entry Terkini:
Jangkaan aku tentang filem Nur Kasih The Movie meleset sama sekali!

betul tu. konfirm ke barbican yg dimaksudkan haram tu?

mengenai dengan jenama Barbican, kami merujuk kepada beberapa laman web yang mengeluarkan artikel yang sama.

This comment has been removed by the author.

Tapai pulut/ubi kayu yang kita makan tu lagi tinggi peratus alkohol dia..Macam mana tu

jakim pun satu hal..benda da lamer kat pasaran baru nak test der alkohol ke x....apsal masa baru baru masuk dulu diorag x test....dol jgk diorg ni....

Curry Sauce 0.07% alcohol level

TAKE THAT! JANGAN NGADE2 NAK MAKAN KARI LAGI!

mlayu pn jgn nk moden sgt la..barbican bagai..mnum teh o ais je tanpa was2..

alahai byk lagi air lain kot. yg nak minum air nih jgk kenape? yg haram tu lah yg disuke pdhal yg halal bsepah. :)kalau meragui sttus halalny lbh baik tayah beli. jadilah pengguna bijak!

erk?tp dh di sah kn halal semula kn?coz 0.01% kndungan alkohol dia..

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS