Telur Ayam Tiruan Di Pulau Pinang !

Ini adalah satu contoh proses pembuatan telur ayam tiruan di China, nampak seperti telur ayam yang asli, sukar untuk dibezakan.
telur ayam tiruan
Telur ayam tiruan tidak harus dipandang remeh, keran kes sebegini melihatkan faktor kesihatan dan mengancam nyawa, kini kes telur ayam tiruan telah tiba di Malaysia, kita sebagai pengguna harus bijak memilih.

Baca sedikit artikel yang dikeluarkan oleh bernama

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang
Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.


Hapuskan sindiket penjualan telur ayam tiruan,
KATAKAN TAKNAK PADA TELUR AYAM TIRUAN

3 Komen

macam2 sekarang ni..semuanya mengejar wang ringgit..huhu

macam2.....kene cek sblm beli ni....
nk mintak izin copy ye....tq

penguatkuasa,.didalam negara malaysia ney memang melambak,.tapi apa kerja dyeorg,.semuanya nak tunggu arahan baru nak buat kerja,.bila sudah ada aduan dari rakyat,.ambil lah tindakan segera,.demi rakyat dan negara,..dan jangan makan gaji buta,..perhatin lah sedikit,....

1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS