‘Kami tak minum arak’
KUALA LUMPUR: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.
“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.
“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.
“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.
Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.
“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.
“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.
Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.
“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya - myMetro
Que Haidar Dan Linda Jasmine Jawab Isu 'Arak'
Berikutan dengan penyebaran gambar mereka yang berseronok di samping gelas dan botol arak di internet, Que Haidar Dan Linda Jasmine tampil membuat penafian.
" Hati-hatilah artis, ramai orang memandang anda"
18 Komen
Nasi lemak makan dlm club, klaka boleh masuk maharaja lawak.
baiknya tolong pegang rokok orang lain.. sooo innocent~ T.T
aduhai,,eh,tlng pggkan rokok org len?..mgkin gmbr nie org crop n photshop je kot..korng mgkin xda dlm gmbr nie..haizz..lolzzzz...
diowg x minum arak tu bole la diterima sbb kt atas meja tu ade jgk air mineral yg diowg mintak (mungkin lah).. tp isu rokok tu mmg betul kot. x kanlah diowg ni nk pegang rokok org lain. baiknye hati.. dh merokok tu mengaku jela.. org lain pon merokok jgk, tp x de la tipu2 ni..
adoi..selama ni duduk dengan orang hisap rokok, tak pernah pulak kena pegangkan rokok..
hamcehss dua ekor ni mmg hampehs,pahtu taknak mengaku.nasi lemak kejadah hape dlm club?
spe nk mngaku lau da kant0i..
Mkn malam bersama keluarga mertua pakai baju dedah blakang ke Pn Yasmin oiii...ishh!! Agak2 le kalu nak menipu pon. Bkn bodoh org Melayu Malaysia ni..pakai baju dedah blakang gi mkn mlm dgn famili mertua. Ke diorg pon mkn mlm dlm club tu..hehehe!
"Rokok itu orang lain punya..mungkin Que"
erk?!! 'mungkin Que'?? mungkin kakak blkang tue punya kot..mungkin juga saya punya...hahaha..lawak la
Ntah..nampak sgt tak pandai menipu..
Baju terdedah, makan nasi lemak dlm club, tolong pegangkan rokok kepunyaan "mungking Que"..
Klaka la..
orang perhati xkisah tp ingat pd y sntiasa memerhati amalan kita
butoo la kenyataan linda n que tuh.. budak tadika boleh la lu nak kencing der... kelaka shial
hahaha...nk cover tp x pndai... sabor je la..
semakin kite tutup kesalahan tu semakin banyak lak kesalahan lain yg nampak.. pigi daaa.. pegang rokok orang.. satu dunia mmg tak tau ko hisap rokok linda.. tapi orang keliling tu dah tentu2 tau ko hisap ke tak...tgk cctv boleh tak
hahahhaa..makan nasi lemak dalam club???hik hik hik...xtahan den golak....nape xmakan kek je..nama pon bday party....hik hik hik...mana nasi lemaknya??xnampak pon...kek pon xde..present pon xde..xde gaya bday parti pon..macam dtg untuk bersosial je...
ayt mungkin yg kelakar tu..mungkin saya atau que memegang rokok org len...watafak
tak kan pegi mkn ngan mertua pun nk pakai baju hot..
hahhaa....alasan yg xmunasabah langsung.>!!!!!
dahlaa korg nie..nk cover xreti kahkahkah!!!nk tipu bdk 4 taon bole aa beb..alasan paling BODOOOOH penah aq denga!!
1) Komen yang tidak berkaitan dengan artikel yang dipaparkan akan dibuang serta merta.
2) Komen yang bersifat Kutukan, Kritikan, Cacian, Mencarut akan dibuang.
3) Komen yang mengandungi SPAM akan dibuang.
4).1 Penggunaan ANONYMOUS akan dijejak melalui IP ADDRESS
4).2 Komen dari fungsi ANONYMOUS yang bersifat PROVOKSI terhadap blog ini akan dibuang serta merta.
4).3 Pertanyaan & Komen yang diberikan oleh pengguna berstatus "anonymous" kepada admin, tidak akan dilayan, sila sign in GMAIL atau hubungi kami melalui facebook.
4).4 Kami berhak memadam komen-komen yang bersifat provok keatas blog ini lebih-lebih lagi komen dari pengguna ANONYMOUS